BAB 45

82 10 5
                                    

Beberapa jenis kuih muih dimasukkam ke dalam bekas bertutup. Kemudian, Eshal mengisi air kopi ke dalam termos. Sekilas dia memandang Afiq yang sedang membasuh pinggan. Lain macam rajin lelaki itu.

“Kau nak bawa pergi mana kuih tu?” Tegur Hafizul.

“Aku tapaukan untuk Haffeen sahur nanti. Dia nak balik dah.”

“Kau balik sekali? Aku ingat kau cakap nak duduk sini tiga hari.” Sampuk Afiq seraya mengelap tangan. Tubuh dipusing ke arah Eshal.

“Tak. Aku balik malam esok dengan Rayyen.”

“Habis tu kenapa Haffeen balik awal? Kerja ke?” Soal Hafizul.

“Em.” Eshal angguk. “Dia ada syif pagi. Nak tak nak, baliklah sekarang.”

Afiq ketawa kecil. Tubuh disandarkan pada dinding seraya tangan dibawa berpeluk tubuh.

“Kau apa hal tiba-tiba ketawa. Seram aku.” Hafizul menendang betis Afiq. Tak ada lawak, tak ada yang menyakat, Afiq ketawa. Mana tak meremang dia.

“Penakutlah kau ni.” Afiq mendecit.

“Apa bendalah korang ni? Bila nak matang entah.”

“Kau dua kali lima kami je Eshal. Tapi aku perasan juga, sekarang kau lain sikit. Ada kerajinan tu. Dulu pemalas gila. Basuh gelas pinggan yang kau guna pun tak.” Ujar Afiq.

“Bila kau sayang seseorang, kau akan buat apa saja untuk gembirakan dia. Sekarang aku rajinlah sikit sebab nak manjakan Haffeen. Seingat aku, kau pernah pikat seorang perempuan masa sekolah menengah. Kau sanggup beli coklat dengan bunga, kan? Haa... macam tulah aku sekarang. Sanggup buat apa saja untuk tawan hati Haffeen.”

“Aku ingat lagi. Seminggu Afiq patah hati sebab kena tolak dengan budak perempuan tu.” Hafizul ketawa.

“Mengungkit kisah lama pula. Kau pun... macam tak ada benda lain nak dijadikan contoh. Nyampah pula aku!” Afiq mendengus.

“Aku dah tak dapat fikir yang lain. Hahaha!”

“Eshal Naurah. Sayang.” Suara Haffeen kedengaran. Tak lama, kelibatnya kelihatan memasuki dapur.

“Dah lewat yang...” kata Haffeen sebaik sahaja melihat Eshal.

“Eh sorry. Koranglah ni ajak bersembang.” Tangan lincah memasukkan termos dan bekas makanan ke dalam beg bekal walaupun mulut sedang membebel.

“Nah.” Eshal hulur beg bekal.

“Terima kasih yang.”

“Em. Beg dah ambil? Telefon?”

“Semua dah kecuali isteri aku.”

“Isteri balik sendiri esok.” Eshal tertawa.

Haffeen turut tertawa. Jari mencuit hidung Eshal, kemudian kucupan diberi di dahi. Hafizul dan Afiq sudah menutup mata menggunakan kedua belah tangan.

“Hati-hati bawa kereta. Kalau mengantuk sangat berhenti dulu dekat tepi. Basuh muka, segarkan mata. Dah okey baru teruskan perjalanan.”

“Okey.”

“Tak ada ciuman mulut ke?” Pertanyaan Hafizul membuatkan mata Eshal membuntang.

“Kau banyak tengok filem mat salleh ke apa?”

Hafizul tertawa kecil seraya menurunkan tangannya. Afiq turut turunkan tangan. Risau mata tercemar walaupun dia dah terbiasa tengok Encik Zain mencium dahi Puan Kisara.

“Jumpa esok sayang. Jangan nakal. Bye.” Haffeen lambaikan tangan.

Kerusi ditarik lalu Eshal duduk. Rehat sekejap. Penat juga dia hari ini. Pinggan kuih ditarik mendekat. Sebiji kuih yang baru dicapai digigit sedikit. Agar-agar laici. Sedap dimakan saat sejuk.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu