BAB 29

139 19 3
                                    

Kaki diangkat lalu menindih kedua belah kaki Haffeen. Kepala sudah sedap berbantalkan bahu Haffeen. Penat sebaik sahaja sampai di rumah.

"Terasa sekejap je masa berlalu. Sekarang dah habis cuti."

"Kenapa tak duduk rumah nenek dulu? Lusa boleh balik dengan mama."

"Sebab aku tak boleh biar kau balik KL seorang."

"Kenapa?"

"Nanti aku rindu."

Haffeen tersenyum lebar mendengar balasan Eshal. Cair tiba-tiba pula dia.

"Kau dah mula kerja esok, mesti susah nak nampak muka kalau sibuk. Baik aku melekat dengan kau dulu sebelum benda tu jadi," ujar Eshal lagi.

"Kau sayangkan aku sangat-sangat hm?" Pipi Eshal dicengkam manja sambil hidungnya bergesel pada dahi Eshal.

"Taklah. Benci kau," gurau Eshal.

"Tak apa. Orang cakap, benci-benci nilah nanti paling sayang."

"Yalah tu."

"Esok kau boleh duduk seorang ke?" Haffeen menukar topik. Bimbang juga nak tinggal Eshal seorang diri esok memandangkan dia sudah mula bekerja.

"Esok aku masuk pejabat."

"Boleh ke?"

"Bolehlah. Sedangkan dekat kampung aku siap boleh pergi berkelah lagi."

"Tu aku ada, tak apalah. Dekat pejabat kau aku tak ada. Siapa nak jaga?"

Pap! Pinggang Haffeen ditampar.

"Kau ingat aku budak kecil ke? Dekat pejabat tu aku bukannya bergerak sangat. Tapi... esok kau hantar aku boleh?" Eshal menyengih di akhir kata.

Kereta dia renyuk macam apa dah. Tak boleh guna. Kena beli yang baru pula.

"Boleh, tapi siapa nak ambil kau waktu balik?"

"Em Amira ada. Hari-hari lain tak apa, aku guna teksi sampai aku boleh memandu sendiri."

"Kalau aku balik, pagi tu aku hantar kau."

"Okey."

•••

Bunyi pintu dikuak mendapat perhatian Nek Wati. Cawan teh diletak di atas meja.

"Haa Haqif! Balik pun. Risau mak dari petang tadi telefon tak berangkat. Haqif pergi mana?" soal Nek Wati.

"Kenapa dengan baju pak su tu? Pak su berdarah." Terkejut Afiq. Dia berdiri untuk melihat luka di belakang kepala Haqif.

"Ada perkara buruk jadi mak."

Kata-kata Haqif mengundang debaran kepada Nek Wati, Encik Hazman serta Puan Hashifa. Dah hampir tarikh nikah ni, perkara buruk apa yang telah terjadi?

"Apa dia Haqif?" Nek Wati berjalan mendekat. Tekupan tisu pada belakang kepala Haqif dilihat. Agak banyak darah kering dan masih basah.

"Sekejap lagi Haqif bagitahu. Haqif nak mandi, nak solat dulu."

Nek Wati angguk tanda faham. Nafas dihela perlahan melihat Haqif beredar.

"Risau pula mak. Dari tengahari tak balik rumah. Benda buruk apa yang jadi dekat adik bongsu engkau tu Hashifa."

"Shifa harap perkara buruk tu takkan jejaskan urusan nikah dia dengan Wardah nanti," Ujar Puan Hashifa.

"Mak pun harap macam tu."

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWhere stories live. Discover now