BAB 34

72 11 3
                                    

Mata yang sedikit mamai dikalih ke sebelah. Sedikit berkerut dahinya saat tidak melihat susuk tubuh Wardah. Jam telefon dilihat. Pukul tiga pagi seperti ini, ke mana isterinya pergi?

Kaki diturunkan di birai katil. Wajah diusap seketika cuba menghilangkan rasa mamai. Setelah itu, Haqif berjalan keluar dari bilik.

Langkahannya hendak ke dapur terhenti di hadapan bilik kosong. Dari bawah pintu, ada biasan lampu bilik. Ada orang agaknya di dalam.

Perlahan-lahan tombol pintu dipulas. Kemudian, pintu ditolak. Nafas lega dihembus melihat Wardah di dalam. Siap bertelekung dengan tangan mengamin doa.

“Abe Haqif.” Wardah tersentak akan kehadiran Haqif. Air mata dilap seraya menyedut hingus.

Haqif menutup pintu. Tempat bersebelahan Wardah diduduk. Senyuman nipis dilorek apabila Wardah menarik tangannya lalu disalam.

“Wardah kenapa hm?” Lembut Haqif bertanya. Agak bimbang melihat Wardah. Sejak kejadian itu, dia jarang melihat Wardah ceria seperti biasa. Hanya didepan orang, dia menguntum senyuman manis seperti dipaksakan.

“Wardah cuma dok tenang. Jadi, Wardah solat.”

“Haqif pernah cakap, Wardah boleh luah dekat Haqif. Kenapa Wardah tak tenang sampai macam ni?” Air mata yang tersisa di pipi dilap menggunakan jari.

“Wardah asyik terfikir kejadian sebelum ni. Wardah dok tenang sebab raso Wardah wak mok nge aboh kecewo. Tempoh hari, Eshal tunjuk gambar ke Wardah. Gambar kito duk atah katil. Muko Wardah napok. Kalu gambar tu tersebar, buruk kesan dio. Wardah dok kesoh ke diri Wardah, tapi mok, aboh, mok abe. Jatuh air muko. Gano nok hadap ore kampung nanti?”

“Apa pun yang jadi, Haqif akan hadapi dengan Wardah. Kita sendiri tahu perkara tu terjadi bukan kerana kita sengaja. InsyaAllah, semuanya akan baik-baik saja.”

Anggukan diberi. Kepala menunduk memandang tangannya yang dipegang oleh Haqif. Begini rasanya ada tempat untuk meluah gundah di hati. Sedikit lega.

•••

Adunan kuih ketayap dikacau. Sesekali dia memandang Nek Wati yang mengacau inti kuih ketayap. Senyuman diberi saat kelibat Haqif menjamah pandangan mata.

Dihentikan seketika kacauan adunan untuk menuang air teh. Lantas, air itu dihidang kepada Haqif.

“Minum air dulu abe.”

“Terima kasih.”

“Em.” Adunan tadi dibawah ke arah kuali.

“Mok biar Wardah buat. Mok gilah duduk kat Abe Haqif dulu.”

“Boleh buat seorang ni?”

“Bulih.”

Nek Wati bergerak pergi. Kerusi ditarik lalu dia duduk. Afiq yang kusut masai berjalan ke dapur dilihat. Lepas subuh selalu sambung tidur. Sekejap je padahal. Lepas tu kerja pula.

“Tak kerja ke hari ni? Mandi pun tak lagi.” Tegur Nek Wati. Biarpun sambung tidur sekejap, Afiq akan bersiap-siap dulu sebelum keluar sarapan biasanya.

“Lewat sikit nek. Pukul 10.”

Haqif dipandang apabila kerusi yang ditariknya selamba ditarik ke bawah meja semula oleh lelaki itu menggunakan kaki. Dah kenapa pak su dia tak bagi duduk? Tempat khas untuk isteri dia ke apa?

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang