BAB 53

84 17 2
                                    

Sisi paha si kecil ditepuk perlahan cuba menidurkan. Namun, tangisan si kecil itu makin menjadi-jadi. Minum susu pun dah kenyang. Baru sudah mandi pula tu.

“Biar Mak Cik Mai cuba pula.” Wildan beralih tangan. Puan Maimun berdiri dan mula mendodoi sambil tangan menepuk punggung si kecil itu. Kaki mundar mandir berjalan di ruangan tersebut.

Ketukan pintu seiring salam kedengaran. Dinda tanpa berlengah menjawabnya. Dijengul sedikit kepala untuk melihat gerangan yang datang ke rumah.

“Siapa yang datang?” Soal Puan Maimun.

“Afiq dengan pak su.”

“Kenapa tu?” Tanya Afiq.

“Tak tahulah. Tak boleh tidur agaknya. Mungkin juga perut dia tak selesa.”

Haqif mengambil anaknya daripada pegangan Puan Maimun. Diletak di kanan dada lalu bibir didekatkan.

“Kenapa ni Wildan?” Haqif jeda. Digosok lembut belakang tubuh Wildan sambil kaki melangkah ke arah jendela. Sejuk sikit angin dekat jendela berbanding di tengah ruang tamu.

Bibir mula melantunkan beberapa surah. Tidak lama, si kecil itu mula senyap dan terlena.

“Dah tidur. Memilih dia sekarang. Tadi Dinda bacakan surah, tak diam juga. Babah baca surah terus diam. Tahulah suara babah lagi merdu.” Ujar Dinda.

Haqif tertawa kecil.

“Sedar diri.” Afiq menepuk bahu Dinda.

“Suara abang lagi teruk daripada Dinda. Macam kaset rosak.” Dinda ketawa.

“Memandai kau.” Afiq tolak kepala Dinda sehingga tertunduk. Bergurau kasar sikit tak apalah. Dengan Naila dan Maisara jangan harap. Bercakap satu minit dah sakit hati. Apa masalah tak tahu budak berdua tu.

“Mak. Haqif nak solat sekejap,” bagitahu Haqif seraya meletakkan Wildan ke bawah.

“Pergilah. Mak tengokkan Wildan.”

“Solat sekalilah pak su. Dinda belum solat. Dinda pergi ambil wuduk dulu eh?”

Haqif angguk sebagai balasan.

“Afiq solat sekali. Tunggu tau!” Afiq terkocoh-kocoh ke arah pintu dapur. Memandangkan Dinda guna bilik air, dia guna air paip dekat pintu dapur.

Sementara menunggu mereka mengambil wuduk, Haqif menghampar sejadah. Setelah pemergian Wardah, harapkan Afiq dan Dinda saja yang menceriakan rumah. Untunglah ada anak saudara seperti itu. Pandai mengurus nenek sendiri dan meringankan beban ahli keluarga.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.”

Mendengar salamnya dibalas, Mak Idah berjalan masuk ke dalam. Haqif, Dinda dan Afiq yang sedang solat dilihat sebelum dia labuhkan punggung di sebelah Puan Maimun.

“Ali bagitahu Wildan tak berhenti nangis. Dah senyap dah.” Ujar Mak Idah sedikit berbisik.

“Haqif baca surah. Baru lena.”

“Rindu babah dialah tu.”

“Mak pergi mana tadi? Maimun cari dekat rumah, tak ada. Ali pun tak tahu mak pergi mana.”

“Pergi kampung sebelah. Pak Husin meninggal.”

“Maimun dengar Pak Husin dengan anak dia kemalangan. Anak dia macam mana?”

“Meninggal juga.”

“Innaqlillahi wa inna ilaihi raji'un. Kesian Mak Zaleha seorang.”

“Itulah. Mak dengar tadi, dia duduk dengan anak kedua dia lepas ni. Ada orang temanlah tu.”

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWhere stories live. Discover now