BAB 24

143 20 3
                                    

“Abe wak gapo sini? Nek Wati pun ado

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

“Abe wak gapo sini? Nek Wati pun ado.” Reaksi hairan terbias pada wajah Wardah. Pelik melihat kehadiran dua beranak itu di rumahnya. Nek Wati mana pernah datang ke sini. Haqif pula pernahlah datang dengan Eshal.

“Mari masuk Wardah,” kata Encik Adli.

Wardah tidak membantah. Sebelah Puan Maimun diduduk. Bingung dia memerhati raut serius masing-masing. Ada masalah apa?

Cawan berisi air teh Puan Maimun dicapai lalu diminum. Hilangkan dahaga dulu setelah berpenat lelah pulang dari tempat kerja.

“Haqif dengan Nek Wati datang nak lamar Wardah,” bagitahu Puan Maimun.

Ktak! Cawan kaca terlepas dari pegangan. Nasib baik dah atas meja. Kalau tak, berderai atas lantai.

Masing-masing mula hairan apabila Wardah ketawa kecil. Celah mana lawak tak tahu.

“Patutlah muko sor-sore serius srupo gapo. Abe Haqif gura ko ni? Prank Wardah?”

“Haqif tak gurau. Haqif serius dan ikhlas nak memperisterikan Wardah, demi Allah.”

Senyuman Wardah hilang setelah mendengar kata-kata Haqif. Okey, sekarang dia tahu Haqif serius. Tak ada unsur gurauan langsung.

“Tapi bakpo? Bakpo abe pilih Wardah? Allahuakbar! Mendadak sangat ni abe. Kitonyo jare-jare kecek, tup-tup abe mari lamar Wardah.”

“Sebab Haqif berkenan dengan Wardah. Haqif asyik nak tengok Wardah dan terfikir pasal Wardah. Kalau dah macam ni, lebih baik Haqif lamar Wardah terus, kan? Daripada terus-terusan buat dosa fikirkan anak dara orang.” Ujar Haqif.

Takut juga dia asyik fikir pasal anak dara orang. Ada baiknya dia halalkan Wardah.

“Doh, gano kalu abe terpikir pasal anok daro ore lain pulok nanti? Abe nok wak gini jugok ko?”

“Insha-Allah, isteri Haqif hanya satu. Haqif akan tumpukan perhatian pada isteri Haqif sahaja dan tundukkan pandangan daripada melihat perempuan lain.”

Wardah tersenyum seraya menunduk memandang cawannya tadi. Nafas dihela perlahan.

“Haqif tak memaksa Wardah untuk terima sekarang. Tapi pertimbangkanlah. Andai Wardah menolak, Haqif akan terima dengan reda. Insha-Allah.”

“Wardah dokleh nafi, abe ni baik. Tapi gak... Wardah takdok keyakinan. Wardah ni banyok kekurangan. Sakit tu sor hal. Jadi bebanan nanti.” Tutur Wardah.

Dia cukup tahu keadaan tubuhnya bagaimana. Dengan keadaan diri tak sihat, mampu ke dia jadi isteri orang? Dirinya sendiri pun entah sampai bila mampu bertahan.

“Haqif tahu Wardah sakit. Haqif dah fikir masak-masak keputusan yang Haqif buat sebelum aju keinginan kepada mak Haqif dan datang lamar Wardah. Dengan izin Allah, Haqif akan bertanggungjawab penuh untuk setiap keputusan Haqif.”

Wardah terdiam seketika. Masih berfikir bagaimana dia mahu selesaikan perihal lamaran Haqif. Mahu menerima, dia tiada masalah kerana dia yakin Haqif seorang yang baik. Tetapi... dia tidak mahu menjadi bebanan sesiapa walaupun orang tuanya sendiri.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWo Geschichten leben. Entdecke jetzt