BAB 09

145 24 6
                                    

Berbaki dua minggu lagi sebelum akad nikah berlangsung. Eshal semakin berdebar. Haraplah bakal suaminya orang yang baik-baik sahaja.

Baju dikebas kuat sebelum disidai di tali jemuran. Rumah Mak Idah dipandang seketika. Boleh tak dia tanya Mak Idah terus? Tapi bimbang Mak Idah rasa pelik pula nanti. Dia pun malu nak tanya.

Nafas dihela perlahan sebelum bakul kain diangkat. Pusing sahaja, dia dikejutkan dengan kehadiran Wardah. Spontan Eshal terjerit kecil.

“Kau ni! Datang tak bagi salam.”

“Aku baru jah sampai. Mu tu balik dok oyak. Tau-tau pok su mu oyak mu ado rumoh Nek Wati.” Ujar Wardah. Ada rasa tidak puas hati dalam nadanya.

“Aku sampai lewat semalam. Memang tak sempat nak bagitahu kau. Ingatkan nak terjah rumah kau petang nanti, lepak-lepak.” Eshal ketawa sehabis berkata.

“Mu tengok, comey dok muke aku? Aku pakai produk Esharah,” tutur Wardah dengan sengihan. Matanya dikedip-kedipkan beberapa kali acah comel.

“Cantik. Nampak lebih natural muka kau berbanding sebelum ni.”

“Kei.... Jom masuk! Panah ni.” Wardah menarik Eshal ke dalam rumah Nek Wati. Selamba dia duduk di atas kerusi berhadapan Haqif. Lelaki itu diam melayan televisyen.

“Kau duduklah sini dulu. Aku belum mandi lagi ni. Nak kena mandi sekejap,” tutur Eshal.

“Laa patut bau busuk banga dari tadi. Dok mandi lagi rupenye. Doh, gi nuh! Shuh!”

“Menghalau.” Eshal mendecit sebelum berjalan pergi.

“Haqif, siang ikan keli dalam singki. Mak nak bakar tengahari nanti,” suara Nek Wati kedengaran.

“Okey mak!” Jawab Haqif. Teh dituang ke dalam cawan. Seusai itu, gelas teh dihulur kepada Wardah.

“Minumlah. Sini ada kuih, nak makan ambillah. Haqif ke dapur dulu eh?” Ujar Haqif.

Wardah angguk dengan senyuman.

“Terima kasih.”

“Sama-sama,” balas Haqif. Kemudian dia beredar pergi.

“Baiknyo...” gumam Wardah. Air teh yang diberi Haqif disisip sedikit.

Beberapa minit menunggu, Eshal yang sedang menyarung tudung berlari anak ke ruang tamu.

“Uih lawa! Nok gi mano ni?” tanya Wardah.

“Nak keluar pergi ambil baju pengantin. Eloklah kau ada dekat sini, tak payah susah-susah aku pergi ambil kau dekat rumah.”

“Bakpo pulok?”

“Kau kena ikut aku. Jom!” Ajak Eshal. Memang sejak semalam dia berniat nak bawa Wardah. Bolehlah dia ajak Wardah pergi membeli-belah sekali nanti.

Kereta dipandu ke butik di bandar. Sedikit jauh perjalanannya, namun Eshal dan Wardah tidak kehabisan topik untuk dibicarakan. Sesekali tawa mereka terhambur.

“Suatu hari nanti aku bawa kau melawat tempat kerja aku. Baru-baru ni aku ada buka sebuah butik, tapi tak banyak pakaian yang direka.” Bagitahu Eshal.

“Koho kaye la mu. Jual produk, pah tu buke butik pulok. Dok letih ke?”

“Tak juga. Aku ada ramai pekerja. Sebelum aku terlupa, aku ada bawa hadiah untuk kau. Tapi aku tinggal dekat rumah nenek. Balik nanti aku bagi,” ujar Eshal.

Wardah mengemam bibir. Kemudian, nafas dihela perlahan.

“Eshal... aku saing nge mu sebab aku memang ikhlas. Aku tokse ambik kesempatan atas kesenangan mu. Dohlah beri hadioh. Aku segan,” ujar Wardah.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWo Geschichten leben. Entdecke jetzt