BAB 15

172 21 3
                                    

Pakaian Haffeen dilipat kemas. Sesetengahnya disangkut dan diletakkan ke dalam almari. Eshal membawa pakaian kotor ke dalam bakul. Tak adalah banyak sangat. Mungkin Haffeen tak sempat basuh sebelum balik ke kampung tempoh hari.

“Waacuh!” Eshal terbersin kuat setelah menekan minyak wangi milik Haffeen. Kuat pula baunya. Nasib baik wangi.

Haffeen menoleh. Kepala digeleng perlahan melihat Eshal yang sempat bermain dengan barangan miliknya. Langkah diatur ke arah Eshal lalu baju yang terlipat kemas diambil dan dimasukkan ke dalam almari.

“Minyak wangi kau dah nak habis. Berapa tahun dah kau pakai?”

“Tak lama, dalam empat bulan rasanya. Kawan-kawan aku yang tinggal serumah suka pakai. Itu yang cepat sangat nak habis.” Jelas Haffeen.

Eshal hela nafas. Lelaki pun suka berkongsi barang ke? Tapi Haffeen kaya, memanglah dia bagi. Setakat beli minyak wangi apalah sangat!

“Kau suka tak bau tu?” tanya Haffeen.

“Boleh tahan. Aku dah terbiasa sebab kau selalu pakai. Malam ni kita makan dekat luar. Mama dengan abah sampai lewat sikit,” ujar Eshal.

“Okey. Dapatlah dating kejap.” Haffeen sengih.

“Apa dating-dating? Esok kerja!”

Haffeen juih bibir. Makan dekat luar dengan isteri pun boleh dikira dating tau! Beg bagasi diletak di atas almari. Akhirnya siap juga mengemas!

“Jom, keluar makan.” Ajak Haffeen.

“Tarik aku.” Eshal hulur tangan. Tanpa bantahan, Haffeen menarik tangan Eshal.

“Weh! Weh!” Dua-dua sudah pamer muka cuak apabila Eshal hilang keseimbangan badan.

Gedebuk! Mereka berdua jatuh terbaring di atas lantai. Masing-masing mengaduh kesakitan sambil memegang bahagian punggung. Sakit!

“Sakitlah. Apa hal kau tarik aku?” Berkerut dahi Haffeen.

“Tak sengajalah. Kaki aku kebas.” Eshal duduk dengan kaki berlunjur.

“Kau boleh jalan ke tak?” tanya Haffeen. Tudung sarung kepunyaan Eshal dicapai.

“Boleh-boleh. Tolong aku.” Sekali lagi tangan dihulur. Sedikit terhincut, dia berjalan sambil dipapah Haffeen.

“Lambat kau ni. Pegang aku elok-elok,” ujar Haffeen seraya menarik tangan Eshal ke bahunya.

Eshal mendecit. Dibiarkan sahaja Haffeen menggalas tubuhnya. Terlebih rajin pula suaminya ini.

“Berat kau. Macam gajah,” komen Haffeen.

“Apa kau cakap?” Eshal ketap gigi. Nak marah ni!

“Aku cakap bini aku berat macam gajah,” tutur Haffeen.

Tidak semena-mena pipinya digigit Eshal. Haa! Jujur lagi. Kan dah mendapat.

“Weh sakitlah! Pipi ni untuk kau cium je. Bukan gigit.”

“Miang!”

Haffeen hambur tawa. Kakinya dibawa menuruni anak tangga penuh hati-hati. Pintu kereta dibuka lalu Eshal didudukkan di dalam kereta.

Seketika Eshal menahan nafas. Wajah Haffeen terlalu dekat dengan mukanya membuatkan dia rasa berdebar. Air liur ditelan. Tak pernah dia sedekat ini dengan lelaki. Dengan Haqif pun tak pernah.

“Kaki kau kebas lagi?” Haffeen menyoal seusai memakaikan tali pinggang kaledar.

Eshal kemam bibir sambil membelek kakinya. Kepala digeleng sesudah itu.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWhere stories live. Discover now