BAB 25

119 14 2
                                    

Langkah diatur perlahan ke arah pangkin sambil dipapah Haqif. Wardah yang tersenyum lebar dilihat. Lain macam gembiranya.

“Sakit lagi ko, Eshal? Maaf laa aku tokleh gi lawat mu kat KL,” ujar Wardah.

“Tak apa. Dah nak sembuh dah.”

“Mu sore jah? Mano Abe Haffeen? Dok balik sekali ko?”

“Balik. Dia pergi kedai. Tu... balik dah.”

Kereta Haffeen yang berhenti di perkarangan rumah Nek Wati dilihat. Bersama plastik di tangan, lelaki itu berjalan menghampiri mereka. Tempat bersebelahan Eshal diduduk.

“Nah.” Plastik berisi coklat bar serta air kotak dihulur.

“Makan coklat macam perangai budak kecik.” Ujar Afiq.

“Suka hatilah.” Eshal letak jari telunjuk di bawah mata lalu ditarik ke bawah. Buat muka mengejek dekat Afiq.

“Kau tak nak tanya pak su apa yang kau tanya semalam?” Afiq menukar topik.

“Ha! Aku lupa pasal tu.”

“Nyanyuk!”

Eshal mendecit.

“Pak su, siapa bakal isteri pak su? Afiq cakap pak su nak bagitahu hari ni,” ujar Eshal.

Senyuman Wardah hilang. Air liur ditelan. Takut pula nak tengok reaksi Eshal.

“Ak...aku.” Tergagap Wardah mengaku.

“Apa? Kau pun tahu siapa bakal isteri pak su ke?”

Afiq menepuk dahi mendengar soalan Eshal.

“Maksud aku... aku bakal isteri Abe Haqif.”

Rahang Eshal jatuh. Haffeen pula beriak biasa sahaja. Dia dapat teka, tapi tak sangka pula tekaan dia betul. Macam mana dia dapat teka? Hah! Haqif kan kawan rapat dia. Semestinya dia tahu dengan siapa Haqif rapat. Tambah pula sejak Eshal masuk hospital, Haqif kerap berhubung dengan Wardah.

“Feen... aku tak salah dengar, kan?” soal Eshal.

Haffeen menggeleng.

“Aku bukan tengah bermimpi, kan?”

Haffeen geleng sekali lagi.

“Kau cubit aku. Cubit aku cepat!” Gesa Eshal. Pipi sudah dihala mendekat.

Cup!

“Gatal! Aku bukan suruh kau cium!” Marah Eshal.

“Agak-agaklah!” Afiq menendang betis Haffeen.

Lelaki itu hanya ketawa suka. Ada dia kisah!

“Main-main abe ni. Mu dok mimpi Eshal. Aku oyat sungguh ni, aku calon isteri Abe Haqif.” Ujar Wardah.

“Tapi macam mana? Pak su!” Eshal memandang ke arah Haqif. Sakit otak dia nak hadam.

Eh seriuslah?!

“Siapa yang gesa pak su dapatkan mak su? Haa! Dah pak su berkenan dengan Wardah, pak su lamarlah Wardah. Untung apa Eshal dapat bakal mak su sebaik Wardah,” ujar Haqif.

“Haffeen....”

“Ya Shayang?” Tubuh Eshal yang melembik di bahunya disambut dan dipegang agar tidak jatuh.

“Aku tak tahu nak ketawa atau nangis.”

“Kau senyum ajelah.”

“Haffeen!” Lengan Haffeen menjadi mangsa gigitannya. Tak puas hati sungguh dengar balasan lelaki itu.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz