BAB 12

278 19 2
                                    

Plastik berisi beberapa jenis air kotak dihulur kepada Eshal. Sesudah itu, Haffeen labuhkan punggung di atas kerusi.

“Banyok sungguh air kotok. Guane tu? Ngidam doh ke?” Soalan Wardah membuatkan Eshal tersedak. Terbatuk-batuk dia sambil menepuk dada.

“Kejadahnya mengidam? Mengarut je.”

“Manolah tau. Mu duo ore gomo sokmo. Supo kucing!” Kata-kata Wardah membuatkan beberapa orang wanita di situ serta Afiq dan Haqif ketawa.

“Sekarang kucing ni rasa cakar kau. Meow!” Eshal angkat tangan acah-acah ingin mencakar Wardah. Satu lagi air kotak diambil, kemudian lebihannya diletak di atas meja.

“Nah, ambillah kalau ada yang nak.” Tutur Eshal.

“Aku punya tak ada ke?” tanya Haffeen.

Eshal toleh ke sebelah seraya menghulur air kotak susu yang disedutnya tadi. Tercenggang dia apabila Haffeen selamba menyedut air kotak susu itu. Sudahlah penyedut minuman bekas dia guna!

“Weh tak ada air pun.”

“Minum angin sudahlah.” Eshal hambur tawa. Satu lagi air kotak yang dipegang diberi kepada Haffeen. Kemudian, Eshal mengambil air kotak lain dalam plastik.

“Bersemut eh,” komen Wardah.

“Nak bersemut juga, kahwinlah. Apa susah?”

“Susohnye cari calon.”

“Mak cik ada anak lelaki sorang. Tu pun tak kurang hensemnya,” Mak Cik Suraya berkata.

Terus Wardah menelan air liur. Haa... sudah! Dah ada yang cuba kenankan dia.

“Dakpo laa mok cik. Wardah mudo lagi. Eh lupo! Roti nge susu dok beli lagi nok wak puding esok.” Dahi ditepuk. Tadi Mak Idah minta dia buat puding roti untuk kenduri esok. Bahan-bahan pula hanya roti dan susu yang tiada.

“Lah, kenapa tak suruh Haffeen beli tadi?” Mak Idah pandang Haffeen dan Wardah silih berganti. Malam-malam seperti ini, dia tak nak Wardah mengayuh basikal ke kedai. Jauh!

“Lupo, pah.”

“Apa kata... pergi dengan Haqif? Mak suruh beli air batu nak letak dalam peti. Nanti senanglah Wardah nak bawa barang dengan kereta. Ajak Tiara tu teman sekali.” Ujar Haqif sedikit teragak-agak. Segan dia, tapi dah alang-alang ajak sajalah.

“Haa Wardah, pergilah. Tiara, pergi ikut.” Suruh Mak Idah.

“Ho bereh. Dok nyusoh ke abe ko?” Soalan Wardah, Haqif balas dengan gelengan.

Mereka bergerak pergi dari situ.

“Bila Eshal balik KL?” Mak Cik Suraya bertanya. Dia rapatlah juga dengan Eshal memandangkan dulu Eshal suka membawang dengan mak cik-mak cik sebaya dia di pangkin kayu rumahnya. Kadang-kadang Eshal siap perkenalkan produk Esharah yang dijual.

“Hari sabtu ni acik. Hari ahad kena masuk kerja,” jawab Eshal.

Haffeen yang melentokkan kepala di bahu hanya dibiarkan sahaja. Perangai lelaki itu macam-macam ragam selepas kahwin. Apa yang Eshal dapat kenal pasti, makin manja!

“Acik rindu nak membawang dengan Eshal eh?” Usik Eshal.

Mak Cik Suraya ketawa. Ada betulnya tu.

“Lama tak dengar celoteh Eshal. Biasanya ada saja benda nak cakap.”

“Ada tu adalah. Baru-baru ni Eshal buka butik. Nanti mak cik gi jalan-jalan KL, singgahlah. Eshal bagi diskaun macam biasa.”

“Wuih! Ada diskaun semacam. Produk Esharah banyak kali dah mak cik pakai. Tengok kulit mak cik. Cantik tak?” Mak Cik Suraya mendekatkan wajahnya ke arah Eshal.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIDonde viven las historias. Descúbrelo ahora