BAB 33

212 19 4
                                    

Jarum disemat pada bahu. Tiara membetulkan sedikit lipatan agar kemas terletak. Sesekali dia mengelilingi Eshal untuk melihat jika ada bahagian yang masih belum dikemaskan.

“Dah siap dah. Tengok cara kak tih solek muka kak tih sendiri guna tangan kiri, kagum pula Tiara. Pandai kak tih. Tak kekok langsung,” ujar Tiara.

“Sebelum ni tangan kanan kak tih sakit. Lepas tu adalah berlatih sikit guna tangan kiri. Tu yang tak kekok.”

Membulat mulut Tiara sambil kepala mengangguk beberapa kali. Patutlah.

Ketukan pada pintu kedengaran. Tanpa berlengah, Tiara pergi membuka.

“Eshal mana?”

“Tak tahu. Kenapa? Abang tih dah rindu?” Tersengih Tiara mengaju soalan.

“Bini aku, rindulah.”

“Bah!” Eshal melompat kecil, memunculkan diri dari belakang Tiara. Terketawa kecil dia apabila melihat bahu Haffeen sedikit terhinjut.

“Main-main pula kau ni.”

“Haha rindu eh? Sini darling, alololo.” Tangan kiri didepa lalu tubuh Haffeen ditarik mendekat.

“Amboi sweetnya! Sakit mata kami yang bujang ni!” Serentak dua orang sepupu lelaki Haffeen berkata.

Eshal ketawa. Dah masak dah dengan perangai dua ketul tu. Sebijik Afiq juga.

Pap! Haffeen menampar manja tangan Eshal yang melingkar di lehernya. Buat perangai betul. Dahlah semua orang dekat ruang tamu tengok mereka.

“Kau buat apa dekat sini?” soal Haffeen. Punyalah dia cari dekat rumah Nek Wati. Tahu-tahu ada dekat rumah opah dia.

“Lepak. Taklah, aku baiki tudung. Kan tadi aku dah gerak kau bangun, cakap nak pergi rumah opah. Ni kau dah mandi belum? Nak pergi rumah Pak Cik Din pula ni.” Ujar Eshal.

“Tak dengar. Aku pergi mandi dulu.”

“Em.” Anggukan diberi. Bertaut seketika kening Eshal melihat Haffeen berjalan ke arah yang bertentangan.

“Feen, nak pergi mana? Balik arah sana la.”

“Mandi kat dapur. Baju aku ada lagi dalam bilik.”

“Tuala tak ambil?”

“Yang... kau bawa turun nanti boleh?”

Eshal cekak pinggang. Mengada pula sengihan Haffeen tu. Pemalas!

“Yalah-yalah. Aku bawa.” Langkah diatur ke dalam bilik semula.

•••

“Hok ni terakhir.” Plastik berisi pulut kuning diberi kepada Haqif melalui tingkap.

“Dah hantar ni, kita balik. Haqif pergi dekat rumah belakang tu sekejap,” pamit Haqif.

Wardah mengangguk tanda faham. Tingkap kereta dinaikkan semula. Seketika dia memandang Haqif yang semakin menjauh.

Tertunduk kepala apabila dadanya terasa sakit. Bibir dikemam dengan mata dipejam. Harap-haraplah sakitnya reda. Sudahlah dia tak bawa ubat sekarang.

“Allahuakbar! Sakit.” Wardah ketap gigi.

Bila sakitnya akan hilang? Dia sudah penat mengharunginya. Sejak kecil, dia sakit seperti itu. Mahu sembuh dengan rawatan di hospital, dia tidak mampu. Hanya mampu membeli beberapa jenis ubat-ubatan untuk bertahan hidup.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIحيث تعيش القصص. اكتشف الآن