BAB 58

127 12 1
                                    

Kesenyapan menjengah mereka saat menunggu di bangku. Nur mencengkam lutut lalu digosok beberapa kali. Gemuruh! Identitinya bakal terbongkar dek kerana pergaduhan tadi. Tubuh dipusing. Haqif dipandang.

“Haqif.”

Sengihan janggal ditarik tatkala lelaki itu yang sedari tadi menunduk mula mengangkat kepala dan memandang tajam ke arahnya.

Marah nampak.

Haqif mendecit. Orang dah pandang tunggu dia cakap, jadi bisu balik pula dah. Pandangan dikalih ke arah lain semula. Tudung Nur dah tercampak ke mana entah. Berkibar-kibar rambutnya buatkan Haqif tidak selesa.

“Apa dia?”

“Kau marah?” Soal Nur.

“Soalan tu kau tak patut tanya. Kau patut jelaskan Nur.”

“Kalau aku bagitahu, boleh kau rahsiakan buat sementara?”

“Tergantung niat kau.”

“Aku tak pernah ada niat buruk dekat orang yang baik. Lagipun, aku buat semua ni untuk Wardah.”

“Apa kaitannya dengan isteri aku?”

“Kau tahu latar belakang Wardah? Aku yakin kau tahu Wardah tu tak ada pertalian darah dengan Mak Cik Mai bahkan Pak Cik Adli.”

Haqif toleh memandang Nur. Wanita itu tampak seakan serius saat ini.

“Dia kakak kembar aku, Haqif. Kami terpisah sejak lahir disebabkan kepercayaan karut mommy.” Nur jeda.

Haqif masih diam mendengar. Tubuh disandar pada bangku sambil kepala mendongak memandang langit yang gelap. Tika ini, lewat pula Afiq datang kemari. Entah apa yang menghalang perjalanan lelaki itu.

“Nanny bagitahu, waktu kelahiran kami tak baik. Nak tak nak, kembar mesti dipisahkan. Kalau tak, berakibat buruk dan boleh membawa nasib malang. Jadi, mommy buat keputusan untuk buang Wardah. Selama ni aku cari dia. Satu minggu selepas korang kahwin, aku kenal dia. Wajah dia... betul-betul sama macam aku.” Nur lorek senyuman lebar mengingat kembali saat-saat itu.

“Tapi Haqif, hati aku sakit. Dari waktu pertama kali aku jumpa dia dan setelah beberapa kali kemudiannya, aku hanya nampak raut sedih dia. Aku nampak dia menangis dekat belakang rumah Mak Cik Mai. Aku nak pergi dekat, tapi aku takut. Aku bahkan tak tahu kenapa dia nangis.”

Nur jeda lagi. Menunduk wajahnya saat ini.

“Aku pernah terfikir nak intip kau sebab aku ingat kau penyebabnya. Aku syak kau buli Wardah macam jantan tak guna yang tak pandai hargai isteri. Tapi aku silap. Tak lama tu, aku nampak Wardah ketawa gembira bila dengan kau. Paling gembira waktu kau bawa dia ke pantai. Senyuman dia manis.”

“Kau intip kami?” Haqif toleh memandang Nur.

Nur ketawa kecil. Macam tak puas hati saja dengarnya. Yalah, siapa yang suka diintip bukan?

“Aku cuma memerhati dari jauh untuk tengok keadaan Wardah. Tak bermaksud nak intip. Serius! Aku tak pernah curi dengar perbualan korang.”

“Sekarang, apa motif kau pura-pura bisu dan hilang ingatan, kemudian datang ke rumah aku?”

“Aku nak cari punca Wardah sedih. Tak sangka penjahat-penjahat tu dedahkan aku secepat ni. Aku tak jumpa punca lagi.”

“Kau betul-betul nak tahu kenapa?”

“Naklah. Kalau tak, aku takkan bertindak sejauh ni.”

“Kami diperangkap sebelum kami kahwin. Ada yang letak kami dalam satu bilik dan tangkap gambar separuh terdedah kami. Hanya Haffeen dan Eshal yang tahu pasal gambar tu. Wardah... hati dia lembut. Dia sedih, serba salah dan kecewa dengan diri sendiri. Aku nampak dia menangis beberapa kali.”

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWhere stories live. Discover now