BAB 18

139 19 1
                                    

Kereta dihenti di hadapan bangunan syarikat Esharah. Wajah Eshal dipandang. Risau juga tengok Eshal tahan sakit dari tadi sampai kedua belah kaki naik atas kerusi.

“Apa kata kau ambil cuti je hari ni? Rehat.” Cadang Haffeen.

“Tak boleh. Aku ada meeting hari ni. Tambah pula pereka tetap butik aku nak datang, mula kerja. Aku kena sambut.”

Haffeen hela nafas. Tangan yang Eshal hulur ingin salam disambut.

“Eshal, sini.” Suruh Haffeen apabila Eshal berura-ura hendak keluar.

Eshal tidak membantah. Tubuh dipusing ke arah Haffeen. Terpejam matanya saat Haffeen menarik kepalanya mendekat. Terus, ciuman dilabuhkan di dahi.

“Kerja elok-elok.”

“Um.” Eshal mengangguk bersama senyuman nipis. Pintu kereta dibuka lalu dia melangkah pergi.

Hilang sahaja kelibat Eshal, Haffeen beredar. Baru setengah jalan dia pergi, deringan telefon kedengaran. Tapi lain pula nada deringnya.

Kereta diparkir di tepi jalan. Tangan menggagau bahagian bawah kerusi. Patutlah nada dering lain. Rupa-rupanya telefon Eshal. Nada dering pun Eshal dah tukar. Aih!

“Dia terambil telefon aku.” Haffeen tersenyum kecil melihat telefonnya tiada. Cuai juga seorang Eshal Naurah.

Makin lebar senyumannya apabila melihat kertas dinding yang digunakan oleh Eshal. Gambar mereka ketika majlis sanding!

“Kau dah jatuh sayang dekat aku ke Eshal Naurah?” Haffeen menyoal sendiri.

Kereta dipandu ke syarikat Eshal semula. Langkah diatur keluar lalu dia berjalan masuk ke dalam bangunan. Kaunter pertanyaan dihampiri.

“Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” Tania menyoal.

“Saya nak jumpa Eshal Naurah.”

“Encik nama siapa? Atas urusan apa?”

“Saya Haffeen, suami Eshal Naurah. Boleh awak maklumkan dia yang saya nak naik jumpa dia?”

“Ouh. Sekejap ya, encik.” Telefon dicapai. Beberapa saat dia menunggu panggilan dijawab.

“Shuhada, boleh sambungkan telefon kepada bos?” Pintanya.

Seketika dia menunggu sehingga suara Eshal menyapa pendengaran.

“Bos, ada seorang lelaki dekat sini. Katanya, dia suami bos dan namanya Haffeen. Dia nak jumpa bos.”

“Bagi dia naik.”

“Baik bos.” Gagang telefon diletak kembali.

“Encik Haffeen boleh ikut arah sana. Naik lif ke tingkat empat.” Ujar Tania.

“Okey, terima kasih.” Haffeen ukir senyuman nipis sebelum beredar.

Butang lif nombor 4 ditekan sebaik sahaja masuk ke dalam lif. Para pekerja di dalam lif yang memandangnya disapa dengan senyuman.

“Encik pekerja baru? Tak pernah tengok encik dekat syarikat ni,” tegur seorang lelaki.

“Eh tak-tak. Saya datang nak hantar barang.”

“Oh....” Lelaki itu terangguk-angguk. Hantar barang rupanya.

Buka sahaja pintu lif, mereka keluar sama-sama. Arah pun sama membuatkan lelaki itu sedikit hairan. Barang siapa agaknya yang mahu dihantar?

“Encik nak hantar barang dekat mana?”

“Dekat bos syarikat ni. Tahu tak mana pejabat dia?”

“Cik Eshal?”

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang