BAB 32

140 19 1
                                    

Tangan dimasukkan ke dalam poket baju melayu. Sesekali Haffeen memandang Eshal di sisi. Main telefon! Jalan tak tengok depan. Risau pula tersandung.

“Eh mak kau!” Hampir sahaja Eshal terjatuh. Bernasib baik Haffeen sempat memegangnya.

“Kau dah kenapa langgar-langgar orang? Mata kau rosak? Ke kau suka menempel dengan orang?” Dengus Eshal. Bengang dengan sikap Maisara. Padahal kawasan punyalah luas boleh jalan. Dia juga yang dilanggar.

Maisara diam buat tak dengar.

Haffeen ketap bibir. Nak marah sekarang tak boleh. Dia tak nak rosakkan urusan Haqif malam ini. Sudahnya, sabarkan diri sahaja.

“Tak guna!” Eshal menjeling geram. Lantaklah makhluk tu. Malas dia nak peduli.

Kepala ditoleh ke arah Haffeen apabila lelaki itu menggosok perlahan belakang badannya. Reda sikit amarah dia.

“Aku masuk dalam dulu. Kau ikut Wardah. Dia kat sana.” Kereta Ali ditunjuk.

“Okey.” Eshal menukar arah. Dia berlari anak menghampiri Wardah.

Sengihan dilorek tatkala melihat Tiara lambaikan tangan. Ceria sungguh menyapa orang.

Lengan Wardah disenggol. Gadis itu diperhati saja. Sekejap tarik nafas, sekejap hela nafas. Mata tak tentu arah pandang sekeliling.

“Gemuruh?” Eshal angkat kening dua kali. Sengihan tidak lekang dari bibirnya.

“Holah. Takut pulok aku.”

Eshal ketawa kecil.

“Merasa gak kau apa yang aku rasa masa akad nikah dengan Haffeen.”

“Raso mace nok gogeh lutut.”

“Sekejap je tu. Lepas pak su siap lafaz akad, lega kau. Dah... jom.” Kaki dihayun menuju ke pintu surau.

Akad nikah dekat surau yang Haqif selalu azan. Surau tu dah macam rumah kedua Haqif. Setiap hari lelaki itu pasti akan ke surau itu. Sama ada melaungkann azan, kemudian mendirikan solat atau membersihkan surau.

Kain disinsing sedikit lalu tempat di tepi Wardah diduduk. Nasib baik dia pakai seluar biasa dekat dalam. Senanglah nak bersila.

Mata memandang Haqif di hadapan. Dikalih pula ke tepi memandang Haffeen. Kening dijongket apabila lelaki itu memandang ke arahnya.

“Yang.... Duduk bersimpuh.” Haffeen buat gerak bibir sambil tangan menepuk lutut. Ganas betul isterinya itu duduk sampai nampak seluar trek yang dipakai di dalam.

Eshal juihkan bibir. Diikutkan juga apa yang disuruh Haffeen. Duduk dibetulkan, kemudian dia menoleh memandang ke arah Wardah. Gemuruh sangat sampai keras je tubuh.

Terkemam bibir. Mata fokus ke arah Haqif apabila lafaz akad nikah disebut. Berdebar. Namun nafas lega dihela saat Haqif berjaya melafaznya hanya dengan sekali lafaz. Tangan ditadah apabila tok kadi mula membaca doa.

“Wardah nak solat,” tutur Wardah sambil mata memandang Puan Maimun.

“Pergilah.”

Wardah berdiri. Haqif yang berada di sudut tepi dihampiri. Senyuman diberi lalu dia mengambil tempat.

“Yang...” panggil Haffeen seraya duduk. Terkejut Eshal yang baru mahu melunjurkan kaki.

“Apa dia? Dah rindu ke?” Tutur Eshal perlahan.

“Sikitlah.” Sengih Haffeen.

“Mengada.”

“Orang lain kahwin, orang depan kita pula yang sweet lebih.” Tutur Dinda.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWhere stories live. Discover now