BAB 59 (EPILOG)

193 15 3
                                    

Balang biskut diletak ke bawah seraya duduk bersila. Kunyahan dihenti tatkala satu soalan bermain di kepala. Puan Maimun dilihat.

“Mak Cik Mai, dah berapa hari Dinda tak nampak Cik Nur. Dia ada dekat rumah ke?”

“Tak ada. Dia keluar kerja.”

“Kerja? Kerja apa?”

“Tak tahulah. Mak Cik Mai tak tanya.”

“Kau sibuk tanya kenapa? Dah anggap perempuan tu sebagai pengganti mak su?” Soal Maisara.

“Dinda tanya saja pun salah ke?” Dinda cemberutkan muka. Tak pernah dia anggap Nur sebagai pengganti Wardah. Hanya sesekali dia teranggap Nur sebagai Wardah pada mulanya dek kerana kemiripan mereka.

“Kau membosankan. Peduli dengan perkara tak penting.”

Dinda diam. Malas mahu mencari gaduh.

Hafizul yang berlari anak ke arah mereka bersama raut teruja mendapat perhatian. Lelaki itu duduk bersebelahan Dinda. Terus telefon yang masih dipegang dihala ke hadapan Dinda.

“Tengok ni. Anak Eshal,” bagitahu Hafizul.

“Comelnya. Tengok ni Mak Cik Mai.”

“Itu pun nak kecoh ke? Bising betul,” Maisara bersuara lagi.

“Kau boleh diam tak? Kalau kau tak suka dengar, berambus! Duduk jauh-jauh.” Ujar Naila.

Maisara membentak. Bantal segi empat sama dilempar mengena Naila lalu dia beredar. Hangin pula dia dengar kata-kata kembarnya itu.

“Tak pula kau bela kembar kau tu,” kata Hafizul.

“Diamlah kau.” Naila mendecit malas.

Puan Maimun mendekat. Terukir senyuman manis di bibirnya. “Alhamdulillah. Nampak sihat tu. Ada peneman buat mainlah Wildan nanti.”

Dinda angguk mengiakan.

“Kak Eshal dah bagitahu nama ke?” Soal Dinda.

“Aizat Nazrin.”

“Habis tu, nak panggil apa?”

Hafizul jongket bahu. “Aku nak pergi tengok dengan mama minggu depan. Kau nak ikut?”

“Tengoklah dulu. Wildan tak boleh jalan jauh lagi.”

“Risau apa? Mak Cik Mai dengan Opah tolong tengokkan Wildan. Pergi sajalah,” kata Puan Maimun.

“Betul ke ni?”

“Hm.” Puan Maimun mengangguk.

“Apa pun, Dinda kena tanya pak su dulu. Kak, ikut sekali,” ajak Dinda.

“Malas.”

“Alaa kak.... Jomlah.”

“Nenek siapa nak tengokkan? Kau nak harapkan Maisara?”

Dinda kemam bibir. Simbol okey diberi, kemudian dia tersenyum nipis. Nampaknya Naila betul-betul berubah walaupun muka dan nada masih kedengaran garang!

•••

Eshal dipapah duduk. Pinggan makanan ditarik mendekat setelah itu.

“Makan dulu. Aku nak pergi mandikan Nazrin.”

Anggukan diberi. Mata memandang Haffeen yang beredar sambil tangan mencapai pinggan nasi.

“Mak long bagitahu, dia dah nak sampai.” Kata Puan Hashifa.

“Pak su tak datang sekali ke?”

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIDonde viven las historias. Descúbrelo ahora