BAB 23

141 20 2
                                    

"Feen... aku lapar."

Haffeen yang duduk di atas kerusi, berdiri. Bubur nasi yang dibeli satu jam lalu dikeluarkan dari plastik. Kemudian, dia duduk di birai katil Eshal.

"Baca doa makan," suruh Haffeen.

Eshal menurut. Tangan kiri ditadah lalu doa makan dibaca. Seketika dia menunggu Haffeen kacau bubur nasi. Tengok tangan kanan dia berbalut anduh, rajin pula lelaki itu nak suap.

"Sedap tak?"

Pertanyaan Haffeen, Eshal balas dengan anggukan. Bibir lorek senyuman apabila Haffeen hala suapan kedua.

"Apa yang kau senyumkan sangat tu?"

"Aku tengah fikir macam mana nak buli kau malam ni."

Haffeen tertawa kecil. Sakit-sakit nak buli orang. Masa sihat, nak sepak orang aje kerjanya.

"Makan dulu sampai habis. Baru buli aku."

"Feen...." Eshal leretkan suara. Wajah manja ditayang.

"Haa apa? Jangan buat muka kucing tak cukup kasih sayang kau tu. Aku gigit nanti."

Eshal mendecit.

"Aku nak makan ayam goreng. Yang pedas-pedas tu."

"Tak boleh."

"Ala.... Haffeen!"

"Tak boleh Eshal. Kau nampak tak keadaan kau macam mana sekarang? Kau kena bedah, buang apendiks. Ni paha kau pun luka. Jangan harap nak makan makanan macam tu."

"Sikit pun tak boleh?"

"Tak boleh."

Eshal muncungkan mulut. Merajuk seminit. Tapi, nak buat macam mana? Dia memang tak boleh makan sekarang.

"Habiskan bubur dulu. Lepas kau sembuh, aku bawa kau pergi makan mana-mana je kau nak pergi." Pujuk Haffeen.

"Janji?"

"Em. Janji. Dah, nganga mulut. Macam budak kecil merajuk."

Eshal tarik tangan Haffeen lalu bahagian lengan digigit. Setelah itu, barulah dia menerima suapan Haffeen. Tidak dipeduli Haffeen yang sudah berkerut kesakitan.

"Aku tak merajuk!"

"Yalah tu. Sakit tahu tak!"

"Tak tahu. Padan muka!"

"Kau ni... nasib baik tengah sakit. Kalau tak, aku gigit kau balik tau!"

Eshal hambur tawa. Seronok pula bila Haffeen teman. Ada saja benda mahu dibualkan. Kalau dia seorang diri, bosan rasa macam nak lari dari hospital.

"Cuti lain kali, kita honeymoon. Bulan depan, kita balik kampung. Okey tak?" soal Haffeen. Takkanlah dia nak bawa Eshal pergi berbulan madu dalam keadaan macam ni. Kesian pula Eshal tak boleh berseronok dengan bebas nanti.

"Okey. Balik rumah nenek pun best. Dah lama aku tak jumpa Wardah. Rindu nak dengar celoteh dia."

"Dia berhubung dengan Haqif tanya pasal keadaan kau."

Eshal kerutkan dahi.

"Sejak bila dia rapat dengan pak su?"

Haffeen jongket bahu. Dia tak tahu dan dia tak nampak pun macam masalah pasal Haqif berhubung dengan Wardah.

"Feen, kau tahu tak pak su dah ada calon isteri?"

Haffeen menggeleng. Duduk dibetulkan. Membawang dengan bini sekejap. Sejak bila Haqif ada calon isteri ni? Batang hidung kawan perempuan pun tak ada nampak.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWhere stories live. Discover now