BAB 08

151 23 2
                                    

Tanpa dipelawa, Eshal labuhkan punggung di atas kusyen. Mata memandang Haffeen yang sedang melayan Wardah. Lembut sahaja tingkahnya seolah-olah seorang abang menjaga adik.

“Jangan hilangkan botol ubat dah. Lepas makan, simpan dekat tempat asal.” Pesan Haffeen.

“Wardah ingat.”

“Ingat, tapi cuai juga. Merata letaknya. Jangan buat mak abah risau. Jadi budak baik.”

“Wardah besar doh. Bukeinyo budok. Cuai tu biaso la abe.” Wardah juihkan bibir. Tak pasal-pasal keluar sahaja hospital, dia kena ceramah dengan Haffeen.

“Assalamualaikum.” Haqif memberi salam disertakan ketukan pintu. Apabila salamnya dijawab, barulah dia melangkah masuk ke dalam. Plastik yang berisi buah-buahan diletakkan di atas tikar buluh yang terhampar.

“Buah tangan untuk Wardah,” tutur Haqif agak kekok. Walaupun sudah lama mereka menetap di kampung yang sama, Haqif tidaklah begitu mengenali keluarga Wardah.

“Meh, Wardah gi kerat. Bulihlah abe makei,” tutur Wardah dengan sengihan.

“Jangan mengada nak gerak. Biar aku buat.” Eshal yang sedari tadi diam, bersuara. Dia mencapai plastik berisi buah lalu ke dapur.

Wardah hanya juih bibir memerhati tingkah Eshal. Garang-garang pun prihatin sebenarnya.

“Bekeng sokmo,” gumam Wardah.

“Dia bekeng sebab dia sayang dekat Wardah. Dengar cerita, orang tu pakai baju tidur pergi cari Wardah semalam.” Haffeen ketawa kecil.

Eshal yang mendengar sudah tercenggang. Siapa pula bocorkan cerita ni?

“Betul la tu abe. Dok sedar paka baju tido gi spital. Wardah sebut, baru sedar.” Wardah turut ketawa. Lucu bila teringatkan semula kejadian semalam.

“Amboi! Bahan aku pula. Sepak sorang-sorang, kang!”

“Takutnya!” Haffeen buat muka ngeri. Selang beberapa saat, dia ketawa pula. Seronok menyakat Eshal.

“Jebon punya manusia! Pak su tengoklah... Eshal dah kata pak su salah pilih kawan.”

“Perangai Eshal pun macam tak ada bezanya dengan Haffeen. Dua-dua perlu diazankan.” Ujar Haqif. Tergeleng dia seketika. Dalam rumah orang pun bergaduh juga.

Wardah ketawa semula melihat mimik muka tak percaya Eshal. Entah kenapa Haqif terdetik ingin memandang seraut wajah Wardah. Wajah itu terlihat polos dengan senyuman menawan yang menghias bibir.

Saat Wardah memandang ke arahnya, bibir spontan melorek senyuman nipis membalas senyuman Wardah.

“Haffeen tetap paling teruk.” Eshal menjeling Haffeen. Pinggan berisi buah-buahan yang sudah dipotong dibawa ke ruang tamu.

“Kenapa asyik bergaduh? Nanti berjodoh tak pasal-pasal,” tegur Encik Adli.

“Jangan begitu pak cik. Eshal takkan pernah ngam dengan budak ni. Lagipun, Eshal dah bertunang, kan?” Eshal ketawa yang dibuat-buat. Risau pula dia botakkan kepala Haffeen kalau mereka benar-benar berjodoh.

“Unik sungguh mu kerat epal gini. Bahagian tengoh dok buang. Kulit pun dok koyok!” Wardah tepuk dahi. Potong empat macam tu saja.

Eshal sengih tak bersalah.

“Kau berseni dalam bab masak-masak. Aku berseni masa conteng muka orang je.”

“Sudoh mu ni. Aih! Kekgi nok bagi tok laki makei gapo? Kerat buoh pun dok reti.”

“Aku pandai masak mi segera. Kalau dia tak nak, pesan makanan luar sajalah. Nak hidup dengan aku, tak boleh cerewet.” Ujar Eshal.

Haqif menepuk belakang badan Haffeen beberapa kali. Apalah nasib sahabatnya itu? Dah cakap Eshal tak pandai masak, tapi tetap nak kahwin dengan Eshal.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang