BAB 46

75 12 2
                                    

“Kau tak balik malam ni. Kenapa kau turun?” Hazril pusing memandang Syahir.

“Saja. Ambil angin luar sikit.”

“Esok kau ada pembedahan dengan Doktor Yaya. Rehat awal.” Haffeen menepuk bahu Syahir.

Lelaki itu angguk mengiakan. Kantuk pun dah menyapa mata sekarang. Cuma seketika, dia mahu menyegarkan diri sedikit dengan udara segar. Risau nanti lenanya terganggu dek kerana rimas.

“Feen. Isteri kau datang.” Hazril beri isyarat ke arah Eshal yang berjalan menghampiri mereka. Wajah Eshal ceria dengan senyuman lebar yang terukir.

“Hai cik akak. Datang jemput suami?” Tegur Syahir.

“Tak,” jawab Eshal mengundang reaksi hairan di wajah Haffeen.

“Habis tu? Kau datang nak jumpa doktor ke? Ada masalah? Sakit perut?” Cuak pula Haffeen. Bahu Eshal ditarik mendekat. Mata sudah meliar memandang tubuh Eshal.

“Tak. Aku datang jemput skandal. Dia seorang jururawat juga.”

“Sayang....”

“Em?” Eshal jongket kening seraya mempamer mimik muka tak bersalah.

“Siapa skandal kau?”

“Nama dia Aizat.”

“Uish! Aku kenal.” Sampuk Hazril. Sengaja mahu turut serta menyakat Haffeen.

“Jururawat yang meronda dekat tingkat atas tu,” tambah Syahir.

“Yang. Macam mana kau kenal dia?”

Eshal jongket bahu.

“Jangan main-main.” Haffeen mencekak pinggang.

“Rasanya dia dah balik. Aku pun patut balik sekarang. Balik dulu. Korang hati-hati balik.” Ujar Eshal.

Syahir dan Hazril mengangguk.

“Sayang!” Terkocoh-kocoh Haffeen mengejar langkah Eshal.

Terketawa Syahir dan Hazril melihatkan itu. Untung Haffeen ada isteri yang masuk air. Dua kali lima dia saja. Cerialah hidup. Seronok menyakat satu sama lain.

Kaki melangkah naik satu demi satu anak tangga sebaik sahaja tiba di rumah. Langkahan dilajukan sekaligus menghalang laluan Eshal. Haffeen mencekak pinggang.

“Yang.... Cakaplah macam mana kau kenal si Aizat tu. Aku sendiri pun tak kenal tau.” Haffeen masih belum habis dengan topik tadi. Kalau hal ini tak diselesaikan sekarang, tak boleh tidur dia sekejap lagi.

“Tak nak cakap. Ke tepi. Aku nak masuk tidur.”

“Kalau kau tak nak cakap betul-betul, aku takkan bagi kau masuk bilik.”

“Okey. Aku tidur dekat bilik tetamu.”

Eshal pusing mahu melangkah pergi, namun lengannya laju ditarik Haffeen. Tanpa amaran, Haffeen mencempung Eshal.

“Turunkan aku Feen. Jatuh nanti. Depan tangga ni.”

Haffeen masih dengan muka seriusnya. Kaki berganjak menjauhi tangga sedikit.

“Baik kau cakap sekarang sebelum aku gigit kau,” ugut Haffeen.

“Kau cemburu?”

“Tak cemburu. Aku cuma nak tahu kebenaran. Selebihnya boleh bincang baik-baik.”

“Oh. Cukuplah kau tahu dia tu bakal madu kau. Auch! Auch! Feen!”

Plak! Eshal menampar bahu Haffeen. Pipi yang digigit oleh Haffeen ditekup. Sakit!

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz