BAB 50

88 12 2
                                    

Tudung dipin kemas. Eshal menatap cermin lagi sebelum berdiri. Haffeen yang membaiki sampin dihampiri. Lantas, suaminya itu dibantu.

“Songkok kau mana?”

“Aku rasa aku letak atas katil tadi.” Haffeen bergerak ke tepi mencari songkok miliknya. Mana dia letak entah.

Tertunduk-tunduk mereka berdua mencari. Tak ada pun kelihatan di mana-mana.

“Cuba tengok dalam beg ada tak,” suruh Eshal. Dia melangkah ke arah pintu apabila ketukan kedengaran. Wajah Tiara yang tersengih-sengih menjamah pandangan mata.

“Dah siap ke belum kak?”

“Dah, tapi songkok Haffeen hilang.”

“Dekat ruang tamu ada satu. Budak-budak ni main tadi.”

Eshal melangkah ke ruang tamu. Songkok Haffeen diambil. Seketika dia memerhati Suha yang sedang mengurus anak-anaknya. Tabah sungguh wanita itu tanpa suami mengurus dua orang anak.

“Haffeen. Songkok kau dekat luar ni.” Laung Eshal tanpa bergerak dari ruang tamu. Dia tunduk menjamah sebiji kuih raya. Dah lapar!

“Mak Tih, Zikri nak satu.” Pinta si kecil tersebut.

“Yang ni?”

Zikri angguk.

“Yang... songkok.” Suara Haffeen kedengaran dari arah belakang.

Hanya tolehan sekilas, Eshal meletak songkok di kepala Haffeen. Setelah itu, dia beredar ke tepi.

“Ali! Dah siap ke belum? Salam dengan opah ni!” Suha berkata sedikit kuat.

Ali naik bersama dulang berisi minuman. Dulang tersebut diletak di atas meja. Kemudian, dia duduk di hadapan Mak Idah bersama Syakilah. Lantas tangan Mak Idah disalam.

Habis bersalaman, Suha dan anak-anaknya pula mara ke hadapan. Sehingga menitis air mata wanita itu tatkala menyalam tangan Mak Idah. Pasti banyak sesalan yang tidak terluahkan. Mahu meluah, otak seakan tidak mampu membina ayat. Pada akhirrnya hanya air mata dan kata-kata maaf yang terkeluar.

Giliran Eshal dan Haffeen. Sempat riuh seketika apabila mereka berdua menyakat Mak Idah. Pasangan paling drama dan bising!

“Opah, Eshal minta maaf banyak-banyak kalau Eshal ada buat opah terasa hati atau marah. Maklumlah perangai Eshal ni sewel sikit.”

“Tak adalah. Bak kata Nek Wati, Eshal penghibur kami. Opah senang dapat bergaul dan berjumpa dengan Eshal.”

“Em. Selamat hari raya opah.”

“Selamat hari raya.” Mak Idah hulur sampul berisi duit.

“Opah salah bagi. Ada dua.”

“Mana ada salah. Untuk cicit satu.”

Gelak tawa memenuhi ruang tamu tatkala Mak Idah berkata sebegitu.

“Yang, tepi sikit. Aku pula. Nanti habis duit raya.”

“Kau dah nak jadi bapak orang, nak lagi duit raya. Tak malu.”

“Di mata opah, aku tetap cucu kecil dia tau.”

Eshal hambur tawa kecil. Yalah tu!

“Opah, selamat hari raya. Haffeen minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau Haffeen ada buat salah dekat opah. Maafkan Haffeen sebab jarang teman opah juga.” Ujar Haffeen.

Mak Idah angguk. Tubuh Haffeen dipeluk sesudah bersalaman.

Eshal bergerak ke hadapan Haffeen yang sudah duduk di atas sofa. Dahinya berkerut kecil memandang songkok Haffeen. Selekeh betul pakainya. Tak perasan pula tadi.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWhere stories live. Discover now