BAB 51

79 13 4
                                    

Air minuman di tangan diperhati sekilas sebelum dia memandang ke bawah. Risau tersepak benda-benda di atas lantai.

Buk! Pelanggaran sedikit kuat itu membuatkan mug jatuh ke bawah lalu pecah berderai. Eshal terkebelakang dengan tangan yang direntap-rentap. Panas! Pasti melecur.

“Kau tak boleh jalan elok-elok sikit ke? Langgar-langgar orang macam binatang tak ada akal.” Eshal mendengus.

Dia tahu pelanggaran itu disengajakan. Perlahan sahaja dia jalan, tapi dirempuh kuat macam apa. Melalui hadapan pula tu. Sahlah sengaja.

“Kau yang binatang. Hipokrit!” Bahu Eshal ditolak.

“Ada apa ni?” Puan Leya bercekak pinggang. Mata memerhati tumpahan di lantai sebelum naik memandang Eshal dan Maisara.

“Bawa air panas tak pandai hati-hati. Kan tumpah.” Maisara guling bola mata. Langkah dihayun pergi dari situ.

“Kau nak salahkan aku ke? Kau tu buta! Tak ada akal main langgar-langgar orang! Eee! Huh!” Eshal menendang kerusi. Kesabaran dia pun ada hadnya.

“Yang.” Haffeen jengulkan kepala dari pintu dapur. Panik, dia menghampiri Eshal.

“Kau jatuh ke?” Soal Haffeen.

“Taklah. Ada setan terlepas langgar aku tadi. Dah langgar, tak reti tolong. Memang setan.”

“Apa cakap macam tu. Pijak kaki aku. Kau masuk dapur tak pakai selipar.”

Eshal akur walau sedang cemberut marah. Pinggang Haffeen dirangkul sebaik sahaja memijak kaki. Terus, dia dibawa ke anak tangga.

“Naik dulu. Nanti aku buat air baru lepas kemas-kemas.”

Anggukan diberi. Tidak naik ke atas, Eshal duduk di atas anak tangga, memerhati tindak tanduk Haffeen.

“Biar mak long buat. Pergi buat air, lepas tu tengok Eshal. Takut ada lecur mana-mana. Air panas tu.”

“Susahkan mak long. Terima kasih.”

“Tak ada susah. Pergilah.”

Haffeen memandang Eshal sekilas. Mug diambil lalu secawan air coklat panas dibuat. Setelah itu, dia menghampiri Eshal.

“Tangan lecur?”

Anggukan diberi mengiakan pertanyaan Haffeen. Dihulur tangannya yang sudah kemerahan. Haffeen perhati seketika.

“Nasib baik tak teruk sangat. Sekejap aku pergi ambil ubat.” Haffeen berdiri dan menghampiri kabinet. Kotak kecemasan diambil.

“Mana lecur?” Puan Leya membongkok. Mata fokus memandang bahagian lecur yang ditunjuk.

“Aih budak tu. Dah terlanggar orang, tinggal macam tu je.” Bebel Puan Leya. Nak tegur, dia tak tahu kejadian sebenar. Membebel sendiri sajalah. Sebal terkadang dengan sikap anak saudaranya itu.

“Maafkan jelah mak long. Nasib baik ada jururawat kesayangan ni.” Eshal sengih sambil jari jemari menggeletek dagu Haffeen.

“Mak long tak kacaulah orang nak bersawit-sawit. Naik atas dulu.”

Puan Leya beredar.

“Sini, jururawat kesayangan kau nak ubatkan.” Tangan Eshal ditarik perlahan. Disapu ubat lalu dibalut menggunakan kain kasa.

“Terima kasih sayang.” Kedua belah tangan dilekap di pipi Haffeen. Bibir melorek senyuman lebar.

“Tak ada ganjaran ke?”

“Nanti balik bilik aku bagi. Sabarlah.” Tutur Eshal separa berbisik.

“Astaghfirullah al-adzim. Eshal Naurah! Haffeen! Apa pegang-pegang tu? Haram!” Sergah Nek Wati di hadapan pintu.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWhere stories live. Discover now