BAB 55

84 14 2
                                    

Tersedar. Dinda mengelap mulut. Manalah tahu ada air liur basi. Wajah diusap perlahan sebelum tubuh digeliatkan. Tingkahnya terhenti apabila tangan terasa menyentuh sesuatu. Air liur ditelan. Kepala ditoleh ke sisi. Sekali lagi air liur ditelan. Sengihan takut-takut dilorek seraya menjarakkan tubuh ke hujung kerusi.

“Cik. Kenapa keluar?” Tanya Dinda.

Wanita itu hala jari telunjuk ke arah Dinda. Kemudian, kedua belah tangan dilekap dan dibawa ke pipi memberi maksud tidur.

“Cik tak boleh bercakap ke?”

Gelengan diberi.

“Macam mana dengan menulis?”

Kali ini, anggukan yang diterima bersama raut yang sudah sedikit tersenyum. Seakan teruja, dia mengensot mendekati Dinda. Namun, secara refleks, Dinda mengensot menjauh sedikit membuatkan dia kembali ke kedudukannya tadi.

“Duduk dekat sana je,” suruh Dinda. Bibir melorek senyuman janggal. Telefon yang sudah dibuka aplikasi nota diberi.

“Nama saya, Dinda. Dinda tanya, boleh cik jawab? Cik tulis dekat situ.”

Wanita itu mengangguk.

“Okey. Dinda nak tahu, apa nama cik?”

Wanita itu geleng membuatkan kening Dinda bertaut hairan.

“Apa maksudnya?”

Papan kekunci telefon ditekan. Beberapa saat kemudian, skrin telefon ditunjuk.

‘Tak ada nama.’

“Tak ada nama? Habis tu selama ni hidup macam mana? Kenapa boleh tak ada nama?”

‘Tak ingat.’

Dinda terdiam.

“Jangan cakap cik hilang ingatan. Macam mana cik dapat luka ni?”

Wanita itu geleng lagi.

“Ah sudah!” Dinda menyentuh pelipis. Apa mereka nak buat selepas ni? Masalah besar!

“Tak ingat apa-apa langsung?” Soalan diaju lagi. Tindak balas yang sama diberi, geleng.

Tangan dihulur meminta kembali telefon. Dinda berdiri dan berjalan sejauh dua meter. Nombor Haqif didail. Sudah subuh, Haqif pasti sudah bangun sedari tadi.

“Pak su.”

Haqif berdehem tanda sedang mendengar.

“Dinda ada bercakap dengan orang tu.” Dinda jeda. Bibir dikemam, kemudian nafas dihela.

“Dia cakap apa?”

“Dia tak boleh bercakap pak su. Dinda tanya dia, apa nama dia, dia cakap dia tak ada nama. Tak ingat. Macam mana dia dapat luka pun dia tak ingat.”

Sedar Haqif terdiam tanpa balasan, Dinda toleh memandang wanita tersebut. Wanita itu hanya menunduk bermain dengan tangan sendiri. Haqif pasti sedang memikirkan ssesuatu.

“Apa pak su nak buat dengan dia?” Soal Dinda memecahkan kesenyapan antara mereka.

“Biar pak su bincang dengan Mak Idah dan Mak Cik Mai dulu.”

“Okey. Dinda tutup dulu pak su. Belum solat.”

Mendapat balasan daripada Haqif, Dinda menamatkan panggilan. Dia kembali menghampiri wanita itu.

“Dinda nak ke surau, nak solat sekejap.”

Anggukan diberi tanda faham. Botol iv drip yang dipegang dilihat sebelum dia berdiri dan beredar ke katil.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWhere stories live. Discover now