BAB 10

173 24 4
                                    

“Kau?”

Haffeen angguk mengiakan pertanyaan Eshal. Susah sangat ke nak percaya yang dia ialah bakal suami Eshal? Apa kurangnya dia?

“Tapi macam mana boleh jadi kau? Kenapa kau nak kahwin dengan aku? Jangan-jangan kau nak balas dendam dekat aku eh?” Eshal kecilkan mata.

Dia bukan boleh percaya sangat dekat Haffeen. Lelaki itu suka sungguh menyakatnya dan mencari gaduh. Eh! Dia atau Haffeen sebenarnya yang suka cari gaduh?

“Sebab kau tak nak berkawan dengan aku. Terpaksalah aku jadikan kau isteri aku,” tutur Haffeen selamba.

“Kau jangan nak main-main. Aku tumbuk kau sekejap lagi, lebam mata kang!” Eshal sudah menggosok buku limanya sebaik sahaja tangan dikepal.

Haffeen hambur tawa kecil.

“Sekarang, kau masih nak kahwin dengan aku?” Soalan Haffeen membuatkan Eshal hela nafas.

“Kau sedar tak, kurang dua minggu lagi tarikh akad nikah? Kalau nak batalkan sekarang, kesian pula dekat Mak Idah dengan nenek. Barang-barang untuk kenduri pun dah pergi pinjam,” ujar Eshal.

“Betul. Jadi kahwin sajalah dengan aku. Rupa aku pun kacak juga. Anak-anak kita nanti mesti kacak dan cantik.” Tutur Haffeen selamba.

Eshal tercenggang. Sampai ke situ dah Haffeen. Dahlah cakap depan Wardah dengan Haqif. Naik malu dia.

Eshal yang berdiri secara tiba-tiba mengejutkan Haqif dan Wardah. Jangan cakap Eshal betul-betul nak tendang muka Haffeen.... Naya akad nikah nanti terpaksa pakai cervical collar.

“Ish!” Eshal mendengus. Kaki dihentak sekali lalu dia beredar.

“Panas-panas!” Sengaja Eshal berkata sedikit kuat. Tangan mengibas wajah yang sudah hangat dan memerah. Dasar Hapeng!

“Dah kenapa anak saudara kau tu?” Haffeen sudah memandang pelik ke arah Eshal. Bingung semacam sahaja gadis itu terlihat. Masuk ke dalam rumah terus menutup pintu. Selang beberapa saat dibukanya semula.

Haqif jongket bahu. Dia pun pelik dengan tingkah Eshal.

“Wardah balik dulu,” pamit Wardah seraya menyarung selipar. Hampir sahaja tubuhnya tumbang ke tepi, namun sempat ditarik Haffeen.

“Wardah okey tak?” tanya Haffeen.

“Okey jah. Serban kaki (kesemutan). Nanti okey la tu. Wardah gi dulu. Assalamualaikum.” Tangan dilambai ke arah Haffeen dan Haqif. Sedikit terhincut-hincut dia berjalan pergi.

Sementara itu, Eshal di dalam rumah sudah membasuh wajahnya berulang-kali. Kata-kata Haffeen sebentar tadi masih tergiang-giang di dalam kepala.

Kalau dia cakap seorang diri, berangan... tak adalah rasa malu pula. Bila dengar Haffeen cakap, rasa macam ada semut satu badan. Nak menggelupur rasanya.

“Kejadahnya anak yang kacak dan cantik. Ish! Hasim tak guna!” Dengus Eshal.

#HasimTakSalah

“Buat apa lama sangat dalam bilik air tu Eshal? Cepatlah sikit! Nenek nak mandi pula.” Nek Wati mengetuk pintu bilik air bertalu-talu. Sudah setengah jam dia menunggu, Eshal tak keluar juga.

Buka sahaja pintu, Nek Wati mengucap panjang sambil memegang dada. Terkejut dia tengok maskara luntur sehingga menyebabkan mata Eshal hitam.

“Engkau mandi ke tak Eshal? Apa tak kena dengan muka tu?” tanya Nek Wati.

“Kenapa nenek tak bagitahu tunang Eshal tu Haffeen?” Eshal hentak kaki beberapa kali. Muka nak menangis dipamer.

“Kan nenek dah cakap nenek tak berapa ingat nama dia. Lepas tu Eshal tak tanya dah. Buat apa nenek nak bagitahu?” Nek Wati bercekak pinggang.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWhere stories live. Discover now