BAB 38

75 13 3
                                    

"Bos, ni dokumen yang bos minta. Ni pula kontrak yang klien dah tandatangan tadi." Ujar Shuhada.

"Klien cakap apa?"

"Dia cukup berpuas hati dengan apa yang tertulis dalam kontrak. Dia harap dalam projek akan datang, dia dapat bekerjasama baik dengan bos lagi."

"Okey. You kenapa ni? Tengah tahan nak buang air ke? Berkerut semacam muka." Hairan Eshal tengok wajah setiausaha dia berpeluh sakan.

"Sakit perut bos. Dari pagi tadi lagi."

"Datang bulan?"

Shuhada menggeleng.

"Pergi hospital jom," ajak Eshal.

"Eh, tak apalah bos. Habis kerja nanti baru saya pergi hospital. Saya tahan dulu sementara boleh."

"Tak boleh macam ni Shu. I pernah kena apendiks tau? Tapi I tahan. Masa hari I kemalangan tu. Dah jom, I bawa you pergi hospital."

"Okey," akur Shuhada. Takut juga dia kalau betul-betul apendiks. Boleh bawa maut jika rawat lambat.

Langkah diatur ke luar bersama Eshal. Seketika Eshal berhenti di tengah-tengah ruangan kerja para pekerjanya. Wajah Amira dicari.

"Mira, I dengan Shu nak keluar ke hospital. Ada apa-apa nanti you telefon I."

"Okey bos."

Kereta dipandu menuju ke hospital.

"Kalau teruk sangat, esok ambil cuti. Jangan paksa diri."

"Bos macam mana? Esok ada perjumpaan dengan klien. Lepas tu ada dua mesyuarat nak kena hadir." Shuhada menoleh memandang ke arah Eshal.

"Nanti pandai-pandailah I uruskan. You rehat je."

Shuhada mengangguk. Baguslah. Risau juga keadaan jadi tak terkawal. Elok dia bagitahu jadual Eshal awal-awal. Baru tak kelam kabut bosnya itu.

"Bos."

Eshal berdehem tanda sedang mendengar.

"Semalam bos muntah. Mengandung ke?"

Terkedip-kedip mata Eshal mendengar soalan itu. Tak terfikir pula dia ke situ.

"Taklah. Sakit-sakit nak membawang lagi eh?"

"Adoi bos! Bosan ni diam je. Dari semalam soalan ni bermain dalam kepala. Tanyalah terus," ujar Shuhada.

Eshal ketawa kecil. Kereta diparkir elok. Shuhada dipapah ke pusat rawatan.

Seketika dia menunggu di luar. Tangan mula menskrol e-mail di dalam telefon. Dia memang ada perjumpaan klien esok. Tengok-tengok sekejap lampiran maklumat dan kerja.

Kepala ditoleh ke tepi apabila seorang wanita duduk di sebelahnya. Senyuman dilorek membalas senyuman wanita itu. Pandangan mata jatuh memandang perut yang membulat.

"Akak mengandung dah berapa bulan? Besarnya perut," tegur Eshal. Teruja riak wajahnya.

"Dah nak masuk lapan bulan."

"Tak lama nak keluar ni." Eshal tertawa perlahan. Seronok pula dia tengok.

"Bos," panggil Shuhada sambil menutup pintu bilik rawatan.

"Ha? Macam mana?"

"Apendiks. Saya kena masuk wad, kena operate malam nanti."

"Ha tengok. Nasib baik I bawa you ke hospital."

"Hehe." Tersengih Shuhada. Tak habis lagi kena bebel.

"Nak kena tukar baju sekarang ke?"

Soalan Eshal dibalas anggukan. Mata dikalih memandang telefon di tangan.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang