BAB 42

86 15 2
                                    

Haqif memandang Wardah dan Eshal silih berganti. Jumpa-jumpa terus berkepit. Dia pula diabaikan. Nasib baik ada Rayyen dan Hafizul. Tak adalah dia berseorangan. Potongan mangga telur diletak ke dalam pinggan. Seronok dua wanita itu berkongsi cerita sambil makan.

"Aku tak sangka ada plot twist macam tu. Adik dia memang tak boleh dijangka. Senyap-senyap suka dengan kawan dia."

"Bukan kau dengan mak su sama saja? Kawan sendiri kahwin dengan bapa saudara." Kata Hafizul. Cerita perihal orang, tak ingat perihal sendiri.

"Betul la tu." Wardah ketawa kecil.

"Hidup penuh dengan kejutan." Eshal jongket bahu. Mangga telur yang sudah dicicah ke dalam kicap dimasukkan ke dalam mulut. Nikmat sungguh dapat makan macam tu.

Telefon yang berdering dipandang. Tidak berlama, ia dijawab. Senyuman lebar dilorek sebaik sahaja wajah Haffeen menyapa pandangan mata.

"Yang... buat apa?"

"Tengah makan." Potongan mangga telur ditunjuk.

"Sedapnya. Balik nanti bawa balik sikit untuk aku."

"Okey. Kau pergi mana tu?"

"Aku keluar dengan kawan-kawan. Katanya nak pergi cari cincin kahwin."

"Kau dah ada calon madu untuk Eshal ke?" Sampuk Hafizul. Dijengul kepala memandang Haffeen di skrin telefon.

"Kau nak makan penendang aku ke?" Jelingan tajam, Eshal beri.

"Feen, kau tengok. Isteri kau sejak sampai dekat kampung ni asyik nak tendang aku je kerjanya. Hari tu dia tendang betul-betul tau."

"Kau yang minta."

"Tendang aje yang. Jangan tak tendang."

"Wuih!" Hafizul hela nafas. Tangan menyentuh dada. Haffeen tak membela dia!

"Kau nak?" Eshal lorek senyuman kemenangan. Suami dah bagi green light. Ada juga yang betul-betul kena sekejap lagi.

"Seronok korang berkumpul ramai-ramai. Nenek macam mana?"

"Dia tak lupa aku lagi Feen. Dia cuma lupa beberapa benda yang dia baru buat."

Haffeen terangguk-angguk tanda faham.

"Telefon isteri kau lagi," Hazril mencelah.

"Mana dia nak tinggal bini dia mengandung. Orang dah nak jadi bapak orang. Setiap jam mesej bini." Ujar Syahir.

Wardah yang mendengar ternganga kecil. Terhenti suapan mangga telurnya. Eshal mengandung?

"Merepeklah setiap jam. Takkan aku tinggal tangan aku dekat luar bilik bedah."

"Macam tulah agaknya." Syahir ketawa melihat jelingan Haffeen.

"Shal, alang-alang Haffeen telefon kau, tolong aku." Pinta Hazril.

"Tolong apa?"

"Tengokkan cincin. Mana satu cantik dan elok."

"Kau tahu saiz bakal isteri kau?"

"Tahu. Dah sampai. Sekejap aku tengokkan."

Eshal angguk mengiakan.

"Tak bagitahu pun pak su yang Eshal mengandung," Haqif bersuara. Namun nadanya dikawal agar tidak mengganggu panggilan video itu.

"Eshal baru tahu minggu lepas. Ingat nak buat kejutan untuk nenek. Rahsiakan dulu daripada nenek. Hari lahir nenek dah nak dekat."

"Anok ado sainglah nati abe." Wardah ketawa kecil.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWhere stories live. Discover now