BAB 56

77 13 4
                                    

Lengan Haqif ditarik agar lelaki itu merapat. Nur hanya memerhati. Saat pandangan mata bertembung, dia lorek segaris senyuman. Kemudian, Wildan sambung diagah.

“Nur, jom balik.” Ajak Puan Maimun di muka pintu. Nur tanpa berlambat, berdiri dan mengikuti Puan Maimun ke luar.

“Haqif. Mak balik dulu. Ada apa-apa, telefon mak.” Bagitahu Puan Maimun.

“Mak nak Haqif hantar tak?”

“Hafizul ada dekat bawah. Alang-alang dia nak ke tempat lain, dia nak hantarkan mak sekali.”

“Okey.”

“Pak su dah cuba cari keluarga dia?” Soal Eshal sebaik sahaja figura Puan Maimun menghilang dari pandangan.

“Pak su ingat nak buat laporan polis esok,” bagitahu Haqif.

“Tak cuba cari dekat kampung berdekatan?”

“Mustahillah dia dari kampung berdekatan. Pak su kenal ramai orang di kampung berdekatan, tapi tak pernah ada yang cakap ada orang serupa dengan isteri pak su. Lagipula pak su pernah bawa Wardah jalan-jalan. Takkanlah tak ada seorang nak bagitahu. Pak su rasa, dia bukan orang dari kampung berdekatan.”

“Habis tu? Pak su cakap, Muzammil hantar dia dalam keadaan berdarah. Tak mungkin dia kena seludup sampai sini, kan?”

“Ada kemungkinannya juga tu. Eloklah buat laporan polis,” sampuk Haffeen. Sedari tadi dia cuba mendengar apa yang dibicarakan oleh Eshal dan Haqif. Isterinya itu bukan boleh. Andaian yang dia buat bukan main-main. Jauh meleset terkadang. Risau juga dia dengar.

“Tengoklah macam mana polis uruskan nanti. Kita tunggu je. Sambil-sambil tu, kenapa Eshal tak cuba tolong dia cari ingatan dia balik?” Ujar Haqif.

“Kenapa Eshal pula?” Eshal kerutkan dahi.

“Habis tu, takkanlah pak su?”

Eshal kecilkan mata. Haqif dipandang penuh sangkaan. “Pak su takut terjatuh hati dekat dia ke?”

“Astaghfirullah al adzim! Budak ni!” Haqif ketap gigi.

“Mak budak.” Haffeen perbetulkan.

Eshal dengan polos melorek sengihan. Tangan mengusap bahagian perutnya lalu ditepuk perlahan.

“Apa-apa jelah.” Pasrah Haqif.

“Pak su tak jawab lagi. Pak su takut jatuh hati dekat Cik Nur ke?”

“Tak adanya. Sedar sikit dia tu perempuan. Takkanlah pak su nak rapat dengan perempuan bukan mahram sedangkan pak su ada pilihan lain. Pak su boleh suruh Dinda, Eshal atau sesiapa jelah. Asalkan perempuan.”

“Tapikan pak su... muka dia sama macam mak su. Takkanlah hati pak su tak tergerak?”

“Soalan apa kau ni yang. Jangan desak pak su kau.” Haffeen menyenggol lengan Eshal.

Eshal mencebik tak puas hati.

“Takkan. Datanglah berpuluh klon mak su, hati pak su takkan tergerak. Titik!”

“Cukup setia. Kau harus belajar daripada pak su.” Dada Haffeen ditepuk.

“Kau nampak muka aku ada rupa playboy ke?”

“Pak su boleh jamin dia setia,” kata Haqif.

“Dengar tu yang.”

“Hati manusia kan berubah-rubah. Manalah tahu.”

“Tapi cintaku padamu takkan berubah.”

“Uwerkk!” Dalam dan kuat bunyinya. Afiq tepuk dada. Haqif sudah lepaskan tawa.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin