Part 2

17.3K 781 7
                                    

"Selamat pagi, Manda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selamat pagi, Manda." Sapa seseorang sebaik sahaja Raysa mematikan enjin motor.

"Pagi, Aiman!" Kaki dibawa masuk ke dalam bengkel kereta.

"Kereta yang kita baiki tiga hari lepas, tuannya dah ambil belum?"

"Dah, pukul 8 tadi."

Raysa hanya mengangguk faham. Iya, dia buka bengkel kereta dan Aiman kira macam assistant lah. Masa mula-mula nak buka tu, ragu-ragu lah juga tapi lama-lama tu dah mula terbiasa. Raysa bukan apa, daripada kecil tolong arwah abahnya kat bengkel kereta. Tapi sekarang bengkel kereta tu dah tak ada, jadi dia buka lah atas namanya. Dia suka apa yang dia tengah buat sekarang ni walaupun orang pandang serong dengan 'perempuan' sepertinya. Well, do I care? Ha gituw. Dia tak peduli lah apa orang fikir tentangnya, dia je tak fikir pasal orang lain. Menyemak saja!

"Lambat kau hari ini, Manda." Terus terhenti lamunan Raysa apabila Aiman menegur. Aiman... dia dah kenal dari umur 13 tahun lagi. Ha teka lah umurnya berapa. Tak tahu? Tak payah tahu tak penting pun. Okay jadi, dia kawan sekolah Raysa dan dia yang offer diri nak tolong Raysa dekat bengkel. Raysa dah banyak kali halang sebab dia tu budak pandai, patutnya pergi sambung belajar tapi degil dia tahap langit ketujuh. Nak juga tolong, Raysa sendiri tak boleh nak bayar gaji yang lumayan. Pelik lah dia ni...

"Ada pak cik tua kacau aku pagi tadi." Ha cakap pasal pak cik tua tu, daripada tadi fikirannya tak boleh berhenti dari fikir pasal lelaki itu. Dia gila ke? Agaknya lah. Haih... Raysa terfikir, kenapa wujud lelaki macam dia? Dingin sangat, garang usah cakap lah, kalah umi!

"Pak cik tua? Dia buat apa?" Kening Aiman sudah berkerut seribu. Pelik dengan kata-katanya agaknya.

Raysa hanya mengeluh sebelum menggeleng perlahan. Kaki dibawa masuk ke pejabat. Ha walaupun bengkelnya buruk, dia ada pejabat untuk dirinya sendiri tau! Sebenarnya bukan untuk dia saja, untuk staf yang bekerja dengannya juga. Nampak tak Raysa sebenarnya bos yang prihatin? Ehek.

"Manda..." seru Aiman.

"Iya?"

"Dah sarapan?"

Raysa hanya menggeleng. Dia sebenarnya jarang makan pagi. Makan pun ikut mood sebab itu badannya kurus. Umi selalu juga bebel, tapi memang sifatnya macam itu. Nak buat macam mana kan?

"Jom lah makan sekali. Aku ada beli nasi lemak." Pelawa Aiman. Raysa hanya menggeleng tidak mahu dan Aiman terlihat hanya mengangguk perlahan, malas mahu memaksa mungkin.

"Manda..." Raysa yang sedang melihat fail yang merekod kenderaan yang datang ke bengkel terus memandang ke arahnya. Keningnya terjongket sedikit.

"Kau tak nak sambung belajar ke?" Kening Raysa mula berkerut mendengar soalan Aiman. Lelaki itu tak pernah usik soal ini, jadi kenapa tiba-tiba ni?

"Untuk?" Balas Raysa dingin. Dia tak suka bila orang bercakap soal sambung belajar. Dia bukan budak pandai, duit pun tak ada nak sambung, macam mana? Sebab itu dia buka bengkel. Tapi itu lah tak ada siapa yang tahu apa yang dia rasa, luah bukan caranya.

"Kau masih muda. Tak nak ada masa depan yang lebih cerah ke?"

"Apa kau merepek ni, Aiman? Apa, buka bengkel tak ada masa depan yang cerah ke? Kau rasa kolot ke? Kalau kau rasa macam itu, tak payah kerja dengan aku! Aku pun tak pernah paksa kau tolong aku di sini kan?!" Suara Raysa sudah naik seoktaf. Marah kian memuncak naik.

Aiman hanya mengeluh perlahan. "Bukan macam itu. Tapi kau tak nak ke ikut permintaan umi untuk sambung belajar?"

Mulut Raysa terus terkelu. Dia cukup lemah bila soal umi dijadikan isu.

"Dia nak sangat tengok kau berjaya. Ada kerja yang bagus, yang tetap. Dia nak tengok kau senang. Kau tak nak ke ikut permintaan dia?"

Hatinya mula berdebar-debar.

"Kalau aku sambung, siapa nak jaga umi? Siapa nak tengok-tengokkan dia? Dia cuma ada aku saja, Aiman." Suara Raysa mula kendur. Setiap hujung minggu mesti dia akan pulang ke kampung jenguk umi. Tapi kalau dia sambung belajar, siapa mahu jenguk orang tua tu? Raysa mengeluh berat.

"Aku boleh tengok-tengokkan." Mata Raysa terus memanah mata Aiman.

"Kau tak nak sambung belajar?"

"Aku dah dapat tawaran sambung belajar. Tak jauh pun, naik motor pun sempat."

Raysa hanya diam mendengar.

"Jadi, aku boleh tolong tengokkan umi dan bengkel ini. Kau jangan risau, semua itu aku boleh settlekan. Yang penting kau tu, pergi sambung belajar." Bicara Aiman lagi.

Raysa mengeluh perlahan. "Tengoklah macam mana." Kakinya dibawa keluar dari pejabat.

'God's timing is perfect

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'God's timing is perfect.'

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now