Part 31

11.9K 567 21
                                    

Tanpa disedari tinggal lagi 3 hari mereka akan melangsungkan perkahwinan

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Tanpa disedari tinggal lagi 3 hari mereka akan melangsungkan perkahwinan. Seketika Raysa mengeluh perlahan. Ketika ini mereka baru sahaja lepas fitting baju nikah dan bersanding. Kalau ikutkannya, nikah sahaja pun sudah cukup tetapi bila memikirkan kedua-dua belah keluarga yang inginkan majlis persandingan, terpaksalah dituruti juga. Heriz pun tidak banyak cakap.

"Jom balik."

"Heriz."

Lelaki itu menghentikan langkahnya sebelum memusingkan tubuh menghadap Raysa.

"Lagi 3 hari kita akan kahwin."

"Okay, so?" Kening sebelah kanan Heriz terangkat seketika.

"Kau masih bencikan aku?" Perlahan suara Raysa. Matanya tunak memandang Heriz manakala lelaki itu hanya menayang wajah dingin. Sejak balik dari kampungnya, lelaki itu berlipat kali ganda dingin. Kadang-kadang Raysa sendiri tidak faham dengan lelaki itu. Ada bipolar ke?

"Pernahkah benci aku hilang untuk kau, Raysa?" Dingin lelaki itu membuka mulut.

"Kau tahu kan aku kahwin dengan kau sebab apa? Jadi, jangan berharap apa-apa dalam perkahwinan ini. Sebab aku sendiri tak tahu berapa lama mampu bertahan."

"Tapi aku cintakan kau, Heriz." Luah Raysa. Sebelum ini dia tidak mengatakan apa pun kepada lelaki itu tentang perasaanya tapi tidak kali ini. Biarlah lelaki itu tahu sendiri perasaannya, tiada guna pun dia menipu.

Heriz terlihat hanya diam. Dia sendiri terkedu dengan kenyataan gadis itu.

Keadaan sunyi seketika sebelum Heriz berdehem perlahan.

"Jadi, kau mengharapkan cinta dari aku juga ke?"

Raysa hanya diam.

"Berhenti bermimpi, Raysa. Tak semudah itu untuk menghilangkan perasaan cinta seseorang pada orang lain. Cinta aku utuh buat Aleeya. Kau perlu tahu tu."

Air mata Raysa sudah bertakung penuh di tubir mata. Kepalanya diangguk berkali-kali. Ada 3 hari sahaja lagi, lelaki itu dengan mudah mengatakan cinta untuk perempuan lain.

"Bakal suami aku baru sahaja meluahkan perasaan cinta untuk wanita lain depan bakal isterinya sendiri?" Raysa mengukir senyum sinis.

"Then, what do you expect, Raysa Amanda? Tolonglah buka minda kau luas-luas, aku takkan mungkin cintakan kau. Aku kahwin dengan kau atas permintaan Aleeya sendiri, kau tahu kan aku sayangkan dia macam mana?"

"But she doesn't love you, Heriz. Kenapa nak kejar orang yang tak nak kat kau?" Suara Raysa sudah naik seoktaf, mungkin geram dengan perangai Heriz.

"Then, what about you?"

Raysa terdiam. Dadanya berombak ganas tika ini.

"Kau pun tahu aku tak nak dekat kau, then why are you still chasing after me? Kenapa nak kejar aku lagi? Kenapa nak berharap dengan aku lagi? Kenapa, Raysa?!" Suara Heriz juga tak kurang hebat kuatnya.

My Perfect LoveTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon