Part 35

14.3K 613 25
                                    

Majlis resepsi hanya dijalankan secara sederhana mengikut permintaan Raysa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Majlis resepsi hanya dijalankan secara sederhana mengikut permintaan Raysa. Bukan apa, tiada apa pun yang perlu diraikan kerana dia tahu penderitaan yang perlu dia hadap nanti lebih sakit dari segala keindahan yang terpancar di hadapan matanya. Tetapi dia amat bersyukur mempunyai keluarga mertua yang sangat baik dan mampu menerima dia apa adanya. Mereka melayan Raysa seperti seorang anak. Maklumlah, Datin Haila dan Dato' Zikri juga tidak mempunyai anak perempuan, sebab itu, Raysa dilayan seperti puteri mereka.

"Hai kakak ipar!" Sapa seseorang dari tepi membuatkan bahu Raysa terhinggut seketika. Dipalingkan wajah ke arah figura itu.

"Ish, Haireez! Terkejut saya!"

Haireez hanya ketawa kecil.

"Tak payah nak panggil saya macam tu ya? Awak lagi tua dari saya tahu!" Memang betul pun lelaki itu lagi tua daripadanya. Haireez sudah berumur 28 tahun, beza 6 tahun dengan Raysa. Tetapi sikap lelaki itu tidak seperti 28 tahun pun. Macam 20 sahaja gayanya. Haireez memang seorang yang ceria dan mudah tersenyum. Suka buat lawak tak kelakar. Nak dibandingkan dengan Heriz, lelaki itu hanya tahu tayang wajah dingin sahaja. Kadang-kadang Raysa rasa kerugian besar buat Heriz kerana tidak memanfaatkan senyuman manisnya itu.

"Ala, awak kan kakak ipar saya. Saya hormat awak tau!"

Raysa mencebik mulut. Haireez hanya ketawa sahaja.

"Selamat pengantin baru and selamat datang ke keluarga kami, Raysa." Ikhlas Haireez menutur bicara, memang tak lekang senyuman di wajahnya.

"Terima kasih, Haireez sebab terima saya dalam keluarga awak. Saya hargai sangat-sangat."

"Ish, kenapa cakap macam tu? Awak lebih dari layak tau nak masuk dalam keluarga kami!" Bersungguh-sungguh Haireez meyakinkan Raysa. Raysa hanya tersenyum kecil.

"Heriz tu memang hati dia keras sikit tapi lama-lama nanti lembutlah tu. Cuma awak kena kerja keras sikit."

Raysa mengangguk perlahan. Seketika dia mengerut kening. Apa maksud lelaki ini?

"Saya tahu kenapa awak kahwin dengan Heriz, Raysa." Seperti tahu-tahu sahaja apa yang bermain di benak fikiran Raysa.

Membulat mata gadis itu sebelum bertukar mendung.

"Tapi awak jangan risau saya tak bencikan awak pun, Raysa. Saya faham apa yang awak rasa. Setiap insan ingin dicintai dan mencintai, bukan? Jadi, semua itu memang lumrah seorang manusia." Terselit kata-kata semangat untuk gadis itu. Dia tahu Raysa akan menghadapi hari-hari yang amat sukar selepas ini cuma dia doakan hati abangnya itu akan lembut dan terima Raysa sebelum semuanya terlambat.

"Kalau Heriz tak nak awak, tak apa, Raysa. Saya ada." Kedua-dua belah kening diangkat-angkat, sengaja hendak mengusik gadis itu. Terletus tawa kecil di bibir Raysa.

Deheman seseorang menyentak mereka yang asyik ketawa. Mereka memandang figura itu serentak.

"Nak cakap dengan Manda sekejap boleh?" Soal figura itu.

"Eh boleh, lama pun boleh!" Bahu figura itu ditepuk perlahan pleh Haireez sebelum dia beredar dari situ.

"Selamat pengantin baru, Manda."

"Terima kasih, Aiman." Tak sangka juga dia lelaki itu masih hendak meluangkan masa untuk menghadiri majlis resepsinya memandangkan semasa majlis nikah, lelaki itu tak ada. Sewaktu Raysa menyerahkan kad kahwin kepada Aiman, lelaki itu terkedu seketika dan terus mengambil cuti sehingga ke hari ini. Raysa fikir dia takkan berpeluang untuk jumpa dengan Aiman tetapi Allah berkehendakkan lain.

"Aku minta maaf sebab tak dapat datang majlis nikah kau semalam."

"Eh tak apa, aku okay je, Aiman."

"Kau nampak cantik sangat hari ini, Raysa." Tersenyum lelaki itu, ikhlas dia memuji Raysa.

Gadis itu hanya tersenyum kecil. "Susah Encik Aiman nak puji aku, tapi hari ini, dalam sejarah, dia puji aku. Aku patut berasa bangga ke?" Sengaja gadis itu ingin mengusik Aiman.

"Mestilah!" Terletus tawa di bibir Aiman.

"Aku gembira sangat sebab akhirnya kau temui kebahagiaan kau, Raysa. Aku akan selalu doakan rumahtangga kau bahagia sampai bila-bila."

'Aku juga pernah berharap macam tu, Aiman. Tetapi harapan itu lebih sakit dari realiti.' Ujarnya sekadar dalam hati.

"Terima kasih, Aiman. Kau tu bila nak kahwin? Aku dah tak sabar nak makan nasi minyak kau." Sengaja dia menukar topik, tidak betah dia lama-lama dengan topik sebegini. Buat sakit hati sahaja.

"Aku? Lambat lagilah jawabnya, Raysa! Aku dah melepas..." ayat akhir, sengaja diperlahankan.

"Apa?" Raysa kurang dengar ayat di hujung itu.

Aiman hanya tersengih kecil. "Tak ada apa."

Raysa hanya menggeleng kepala perlahan sebelum matanya tertancap ke arah seseorang. Lelaki itu segak dengan kot hitamnya. Terserlah kekacakannya. Siapa lagi kalau bukan suami yang dia baru sahaja nikahi semalam? Lelaki itu terlihat sedang leka memerhatikan seseorang. Mata Raysa mengikut arah pandangan Heriz sebelum matanya juga tertancap pada seseorang. Untuk kesekian kalinya, hati Raysa kembali berdarah. Lelaki itu sedang ralit memerhatikan Aleeya yang sedang menjamu selera.

Seketika Raysa tersenyum sinis. Mengejek dirinya sendiri.

'Apalah nasib kau, Raysa. Ada suami, sibuk perhati perempuan lain.' Terus matanya dialih memandang Aiman di hadapannya. Apabila mata mereka bersambung, Raysa menghulurkan senyuman.

'Mengharapkan suami sendiri yang puji, tetapi akhirnya lelaki lain yang puji. Suami kau? Sibuk melihat kecantikan wanita lain depan mata isterinya sendiri.'

Raysa hanya melepaskan keluhan berat.

'I look at you with love, you look at someone else with the same feelings I have for you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'I look at you with love, you look at someone else with the same feelings I have for you.'

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now