Part 56

19.9K 609 32
                                    

Tok! Tok! Tok!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi pintu diketuk berkali-kali menyentak mereka yang sedang leka tertawa. Mata terus menghala ke arah pintu. Buka sahaja pintu, muncul figura yang datang melawat.

"Umi!" Jerit Raysa kegembiraan melihat Puan Rita dengan senyuman di bibir.

"Iya, sayang." Terus dia menerpa ke arah Raysa dan dipeluk erat sekujur tubuh kecil itu. Dikucup lembut dahi Raysa.

"Alhamdulillah, Raysa dah sedar." Sungguh dia bersyukur apabila mendapat panggilan daripada Heriz semalam yang Raysa sudah sedar dari koma. Ingin sahaja dia bertolak ke hospital waktu itu, tetapi memandangkan malam kian memunculkan diri, dia batalkan sahaja niatnya itu. Dan hari ini dia datang bersama keluarga Heriz.

Raysa hanya tersengih kecil. Kemudian matanya memandang Datin Haila, Dato' Zikri dan Haireez. Terharunya apabila ramai datang melawat dia di hospital.

"Mama..." dia memanggil wanita itu. Datin Haila terus mendekatkan diri dengan Raysa dah dipeluk erat tubuh itu juga.

"Alhamdulillah, menantu mama dah sedar." Air matanya mula menitis perlahan ke pipi. Walaupun dia berada di rumah, hatinya sering kali tidak aman jika tidak mendengar berita tentang Raysa. Ingin sahaja dia menemani wanita itu tetapi disebabkan Raysa berada di wad ICU tempoh hari, sesiapa pun tidak dibenarkan untuk teman hingga ke lewat malam.

"Mama, janganlah menangis. Raysa ada kan dekat sini." Diseka lembut air mata Datin Haila. Sayu hatinya melihat wanita itu mengalirkan air mata.

Datin Haila hanya senyum manis sebelum menganggukkan kepala.

Seketika mata Raysa memandang Haireez. Lelaki itu tersenyum manis.

"Hai, Raysa." Lembut sahaja dia menyapa wanita itu. Raysa hanya menarik senyum ringkas.

Tanpa disedari sesiapa, ada sepasang mata yang daripada tidak puas hati melihat adegan itu. Walaupun kelihatan biasa tetapi dia tahu apa yang bermain di fikiran Haireez. Dia mendengus perlahan.

"Bila Raysa boleh keluar?" Soal Puan Rita. Terus mata lelaki itu fokus ke arah wanita itu.

"Insha Allah esok petang Raysa dah boleh keluar, umi." Lembut Heriz membalas. Senyum diukir manis.

"Alhamdulillah."

"Umi..."

"Iya sayang?"

Terus tangan umi dicapainya lembut. "Raysa minta maaf."

Semua yang berada di situ mengerutkan kening.

"Raysa minta maaf sebab Raysa gagal jaga kandungan Raysa dengan baik. Kalau tak, mungkin sekarang ni, umi, mama dan papa bakal dapat cucu tak lama lagi. Raysa betul-betul minta maaf." Wajah sayu ditayang. Walaupun dia nampak kuat, nampak seperti tidak terkesan, jauh di sudut hati, hanya Tuhan yang tahu betapa lemahnya dia kini. Namun, dari sokongan orang sekeliling menjadikan dia Raysa yang kuat. Kuat untuk hadapi dugaan demi dugaan.

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now