Part 48

20.6K 689 92
                                    

"Seronoknya preggy mom ni tengok movie

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

"Seronoknya preggy mom ni tengok movie." Tegurnya.

Terhinggut bahu Raysa sebelum kepalanya ditoleh ke arah Heriz, tawa kecil terletus di bibirnya.

"Tengok movie apa?" Lelaki itu mengambil tempat di sebelah Raysa.

"Tak tahu. Saya tengok je."

"Eh, bertuah betul!"

Kuat Raysa ketawa. Sesekali dia mengusap perut kempisnya itu. Walaupun masih kempis, sudah menjadi tabiat untuk dia mengusap selalu, mungkin terlampau sayang.

Seketika mata Heriz menghala ke arah perut Raysa. Daripada tadi tangan kecil itu tidak berhenti mengusap. Lelaki itu melepaskan keluhan berat.

"Raysa..."

"Iya?"

"Kenapa kau asyik usap perut kau? Dia belum membesar lagi." Soal Heriz.

Raysa tersenyum kecil.

"Sebab saya suka. Setiap kali saya usap, saya tahulah ada nyawa yang sedang membesar dalam perut saya. Saya tahulah ada nyawa yang menemani saya." Dia tertawa kecil.

"Kau suka dengan kandungan ni?"

"Sukalah, Heriz. Ini kan anak saya. Anak kita."

Heriz hanya senyum kecil.

"Eh, kau nak air tak? Aku boleh ambilkan."

"Saya nak air fresh orange boleh? Tiba-tiba teringin pula nak minum."

"Sekejap aku tengok dalam peti ais ada ke tak."

"Okay."

Terus Heriz melangkah perlahan ke dapur. Peti ais dibuka. air kotak fresh orange bersaiz besar dicapainya sebelum gelas diambil. Air dituang hampir penuh. Belum sempat dia ingin membawa gelas tersebut ke ruang tamu, tiba-tiba dia menghentikan langkah. Bibir digigit perlahan. Gelas diletak semula di atas meja.

Mata meliar melihat ruang tamu sebelum tangannya menyeluk poket seluar jeansnya. Setelah dia dapat apa yang dimahunya, dia menariknya keluar dari poket sebelum 'benda' itu dipandang dengan hati yang berdebar-debar.

'Betulkah apa aku nak buat ni?' Soalnya sekadar dalam hati.

Mata memandang semula air oren itu.

'Argh, buat je lah!' Dibukanya 'benda' itu sebelum dikeluarkan isi dalamnya. Di telapak tangannya sekarang terdapat sebiji pil bersaiz kecil lantas pil itu dimasukkan ke dalam air oren tersebut. Pil itu mula larut di dalam air.

Baru sahaja dia hendak mengangkat gelas itu, hatinya berdebar-debar kembali. Dia teringat semula kata-kata Fakhrul.

"Mana pergi hati perut kau ni? Tu anak kau sendiri tau, darah daging kau sendiri!"

My Perfect LoveWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu