Part 46

18.5K 653 48
                                    

"Tak! Saya takkan gugurkan anak ni!" Lantang suara Raysa

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

"Tak! Saya takkan gugurkan anak ni!" Lantang suara Raysa.

Heriz sudah bangun dari duduk. "Apa masalah kau ni?! Aku nak kau gugurkan juga anak tu! Lagi satu, aku suruh kau makan pil, jangan skip kan?! Kau tak ikut arahan aku kenapa?!" Suara Heriz sudah menengking Raysa. Naik pening dia dengan situasi sekarang. Salahnya juga sebab tidak memakai protection ketika bersama. Argh, kau memang bodoh, Heriz!

"Apa salahnya kalau saya mengandung? Kita suami isteri yang sah, Heriz!"

"Eh, lantaklah semua tu! Sekarang ni, kau dah menyusahkan aku tahu tak! Aku dah pesan awal-awal kan, jangan biarkan benih aku jadi budak, kenapa kau tak boleh nak ikut arahan aku ni?! Aku tak nak anak aku membesar dan keluar dari rahim kau! Kau faham ke tak?!"

"Kenapa saya tak boleh mengandung dan melahirkan anak awak?! Saya mampu, Heriz!"

"Sebab aku jijik dengan kau!"

Raysa terdiam. Air matanya sudah mengalir sepi ke pipi.

"Perempuan macam kau tak layak jadi ibu kepada anak-anak aku. Kau pun aku tak pernah anggap sebagai seorang isteri, inikan pula nak anggap sebagai ibu kepada anak-anak aku!"

Raysa sudah mengetap bibir kuat menahan tangis.

"Aku tak peduli, Raysa! Yang aku tahu kau gugurkan budak tu juga walau apa jua keadaan. Kalau tak, biar aku sendiri yang buat!"

"Awak kejam! Awak sanggup nak bunuh anak sendiri! Bapa jenis apa awak ni?!" Dipukul kuat bahu kanan Heriz sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Heriz yang sedang menahan amarah.

"Raysa!" Wanita itu tidak mengendahkan panggilan Heriz. Kedengaran pintu dihempas kuat.

Heriz sudah meraup muka kasar. Ingin sahaja dia menjerit sekuat hati. Pregnancy test yang berada di atas sofa dibaling ke dinding dengan kuat.

•••

"Raysa Amanda!"

Terhenti langkah Raysa untuk menuju ke pintu rumah. Tubuh dipusing menghadap Heriz.

"Kau nak pergi mana?" Lelaki itu terlihat melangkah perlahan ke arah Raysa dengan tangan yang disilang ke dada.

"Keluar."

"Pergi mana?" Tanyanya lagi.

"Klinik."

Heriz mengerut kening. "Untuk?"

"Saya nak pergi check up baby lah. Saya nak tahu berapa bulan dah kandungan saya." Jelasnya.

"Kau masih terfikir nak simpan budak ni ke?" Perut Raysa dipandang jelek oleh Heriz.

"Apa awak merepek ni, Heriz? Halanglah saya macam mana sekalipun, saya tetap akan simpan kandungan saya. Saya masih ada hati perut!" Lantang Raysa menjawab.

My Perfect LoveOù les histoires vivent. Découvrez maintenant