Part 32

11.6K 557 11
                                    

Sudah 10 minit berlalu tetapi dia masih berada di hadapan cermin melihat dirinya yang sudah siap berpakaian pengantin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah 10 minit berlalu tetapi dia masih berada di hadapan cermin melihat dirinya yang sudah siap berpakaian pengantin. Dalam masa beberapa minit sahaja lagi dia akan menukar statusnya. Dia bukan lagi Raysa Amanda yang bujang tetapi akan menjadi seorang isteri kepada seorang suami. Daripada semalam dia tak dapat tidur memikirkan nasibnya selepas berkahwin. Sudah tentu penuh dengan penderitaan yang perlu dihadapinya. Muka ditayang senyum paling lebar tetapi hati menyimpan luka paling dalam. Seketika dia berdecit sinis.

'Patheticnya hidup kau, Raysa.' Ucapnya sekadar dalam hati.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk."

Figura dibalik pintu melangkah masuk dengan senyuman lebar di bibir.

"Wah, cantiknya kawan baik aku ni!" Laju kakinya menghampiri Raysa yang berada di hadapan cermin. Raysa hanya senyum tipis.

"Pengantin lelaki dah sampai, Raysa."

"Hah, dah sampai?" Membulat mata Raysa tika ini. Jantungnya berdegup laju tiba-tiba. Tadi dia terasa hendak menangis mengenang nasib selepas berkahwin tetapi kini dia terasa hendak menangis menghadap realiti sebentar lagi.

Aleeya mengangguk perlahan. "Tapi aku minta masa 10 minit untuk kau touch-up for the last time."

Raysa mengeluh lega dan mengangguk perlahan.

"Raysa..." jemari gadis itu digenggam lembut.

"Tak sangka kan kawan aku nak jadi isteri orang dah? Tinggal aku sorang-sorang nanti." Mulut dicebik.

"Ish kau ni, jangan nak buat drama air mata kat sini ya? Habis make-up aku nanti." Kalau bukan disebabkan dia akan bernikah sebentar lagi, memang taklah dia hendak mencemarkan wajahnya ini. Waktu make-up tadi pun, sabar sahaja jurusolek pengantin itu dengan perangainya yang sekejap hendak bersin, sekejap hendak menangis.

"Ish, aku tengah seriuslah!" Lengan Raysa ditepuk perlahan. Terletus tawa di bibir Raysa.

"Aku doakan perkahwinan kau akan kekal sampai bila-bila, Raysa. Please know that I will always with you. Kalau kau perlukan aku, aku selalu ada untuk kau, Raysa. Anything just call me. Okay?"

Raysa tersenyum kecil seraya mengangguk perlahan.

"Kau jangan risaulah, Insha Allah aku boleh survive. Everything will be okay." Sebenarnya dia lebih bercakap pada dirinya sendiri, menyedapkan hatinya sendiri yang semuanya akan baik-baik sahaja walaupun peluang untuk itu amat tipis.

Aleeya mengangguk. "Eh jomlah, nanti lambat pula."

•••

"Aku terima nikahnya Raysa Amanda binti Azman dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai."

Dang!

Hatinya terasa seperti baru sahaja dihempas ke lantai. Jantungnya berdegup laju semaksima mungkin. Air liurnya ditelan kesat. Tangan yang menggigil tiada henti tidak dihiraukan. Otaknya cuba mentafsir apa yang sedang berlaku kini.

Dia sudah bergelar isteri?

Isteri kepada Heriz Zayyan?

Isteri kepada lelaki yang dicintainya?

"Raysa..." kepalanya dipaling ke arah gerangan yang memanggilnya. Wajah lembut Puan Rita memenuhi kornea matanya. Mata wanita itu sudah bergenang dengan air mata. Mungkin terharu dan sedih satu-satunya anak perempuan yang dia ada telah menjadi isteri orang.

"Hulur tangan, Raysa. Heriz nak sarung cincin tu." Punya lama dia mengelamun, dia baru perasan yang Heriz sudah berada di hadapannya kini. Sejak bila entah lelaki itu sampai ke arahnya...

Dengan laju lelaki itu menyarungkan cincin ke jari manis Raysa. Tidak sempat gadis itu hendak membuat persediaan. Apabila sampai gilirannya, tidak sampai setengah cincin itu masuk keseluruhan jari Heriz, lelaki itu sudah menarik semula tangannya. Dia menyarung cincin itu sendiri. Sama juga ketika hendak menyalam tangan Heriz, lelaki itu menarik tangannya pantas, tidak sempat Raysa ingin menciumnya. Seketika Raysa mengeluh perlahan. Belum apa-apa lagi lelaki itu sudah bersikap sebegitu.

"Heriz, ciumlah dahi Raysa." Sampuk Datin Haila. Heriz memgerut kening.

"Tak payah lah, dalam bilik je lah nanti, ma. Kat sini ramai orang lah."

"Ala, apa salahnya, kau orang dah sah kan nak malu apa?" Selamba Datin Haila bersuara. Heriz mengeluh perlahan. Tubuhnya menghampiri Raysa. Kepala gadis itu ditarik perlahan, bibirnya didekatkan ke dahi Raysa, hanya sentuh saja dan kemudian dia menjauhkan bibirnya. Tidak lama selepas itu, wajahnya didekatkan ke telinga gadis itu...

"Senyumlah kau sekarang, sebab lepas ini aku akan pastikan senyum pun kau tak mampu. Walaupun sesaat." Bisik lelaki itu keras namun perlahan sahaja nadanya.

Bibir Raysa sudah menggigil mendengar kata-kata lelaki itu.

"Welcome to the hell, honey." Senyum sinis terukir lebar di bibirnya. Gerun Raysa melihatnya. Kepalanya tergeleng perlahan.

'Ini mimpi, bukan?' Soalnya sekadar dalam hati.

'The worst chapter of the book has begun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'The worst chapter of the book has begun.'

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now