Part 39

14.8K 585 23
                                    

Cahaya menembus masuk ke dalam kamar biliknya menunjukkan malam sudah melabuhkan tirai, matahari mula menjalankan tugasnya menyinari hari hingga ke petang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cahaya menembus masuk ke dalam kamar biliknya menunjukkan malam sudah melabuhkan tirai, matahari mula menjalankan tugasnya menyinari hari hingga ke petang. Seketika matanya terkelip-kelip sebelum dibuka perlahan. Terus kepalanya ditoleh ke sebelah. Terlihat seorang wanita sedang memeluk pinggangnya dari tepi dengan selimut yang membaluti tubuh mereka.

Lama dia memerhati wajah bersih wanita itu. Baru sahaja tangannya ingin menyentuh pipi itu, pergerakannya terhenti apabila ada suara yang bermain-main di telinganya.

'Kau tak patut kasihankan dia, Heriz. Dia dah musnahkan harapan kau untuk memiliki Aleeya.' Ujar suara itu membuatkan Heriz mendengus kasar. Terus ditolak jauh tubuh wanita itu.

Wanita itu perlahan-lahan membuka mata apabila tubuhnya ditolak sangat kuat.

"Bangun, Raysa! Keluar dari sini!"

Raysa masih terkebil-kebil, mamai.

"Kau bawa pakaian kau ni semua keluar dari bilik aku!" Kuat Heriz menengking. Dia bangun dari katil sebelum melangkah ke bilik air.

Melihat wanita itu masih tercegat di atas katil, dia menengking lagi.

"Kau berangan apa lagi?! Keluar dari bilik aku! Aku dah tak perlukan kau!" Marah Heriz.

Terhinggut bahu gadis itu sebelum dengan laju melangkah keluar dari bilik. Baru selangkah dia keluar dari bilik itu, pintu dihempas kuat dari dalam. Tahulah dia Heriz yang menghempasnya.

Dia melepaskan keluhan berat.

•••

"Morning, Heriz." Sapa Raysa mesra sebaik sahaja dia melihat figura lelaki itu keluar dari lif dan melangkah ke dapur. Dia yang sedang menyiapkan sarapan mula mendekati Heriz sebelum dahinya berkerut seribu.

"Awak nak pergi mana ni?" Soal Raysa.

"Aku tak ada 3 hari, fly ke Amsterdam."

"Tapi kita baru je kahwin, awak dah nak kerja?"

"Lepastu? Kau nak aku menghadap kau 24 jam ke? Lebih baik aku pergi kerja, lagi bagus!"

Terdiam Raysa. Tiada guna dia melawan kata-kata lelaki itu.

"Aku nak pergi dah."

"Eh, breakfast lah dulu." Tahan Raysa.

"Aku makan kat airport je."

"Tapi saya dah masak."

"Siapa suruh kau masak? Aku tak minta pun kan?" Kasar sahaja nadanya.

Terkelu lidah Raysa seketika.

"Aku tak minta kau masakkan untuk aku. Jadi, ikut suka aku lah kan nak makan ke tak. Kau boleh buang je."

"Membazir lah nak buang. Bukan murah barang-barang masak ni."

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now