Part 17

11.2K 609 5
                                    

"Assalammualaikum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalammualaikum." Gerangan yang memberi salam perlahan-lahan memasuki rumah.

"Wa'alaikumussalam, Aleeya." Laju Raysa melangkah ke arah gadis itu untuk menyambut.

"So, how?" Soal Raysa. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia bersemangat sangat hendak tahu.

Aleeya hanya diam sebelum menggeleng perlahan. Senyum diukir tipis.

"Heriz macam mana? Dia okay?" Raut wajah Raysa jelas menampakkan yang dia risau tentang lelaki itu.

Seketika hati Aleeya dihambat pilu. Begitu besar cinta Raysa terhadap lelaki itu kerana sehingga sekarang pun dia masih memikirkan tentang Heriz sedangkan lelaki itu pandang pun tidak.

"Dia okay. Cuma..."

"Cuma?"

"Aku dah terus terang dengan dia. Aku dah beritahu dia pasal kau."

"Pasal aku? Kenapa dengan aku?" Kening Raysa sudah berkerut seribu.

"Perasaan kau pada dia."

"What?" Ternaik suara Raysa mendengar jawapan selamba Aleeya.

Aleeya hanya mengangkat kedua-dua bahu seperti tidak bersalah.

Raysa sudah mengeluh perlahan. "Kenapa kau beritahu dia pasal aku?" Suaranya sudah kendur.

"Supaya dia berhenti kejar sesuatu yang tak pasti. Aku tak sukakan dia, Raysa. Daripada dia sibuk kejar orang yang tak nak kat dia, lebih baik dia cuba terima orang yang ikhlas sayangkan dia." Panjang lebar Aleeya membalas.

"Tapi dia sukakan kau." Bidas Raysa.

"Then? Kau nak aku terima dia? Memang taklah! Aku tak faham lah dengan kau ni, Raysa, kenapa kau beria-ia sangat nak aku dengan dia ni? Kalau kau sayangkan dia, kau patut kejar dia sampai dapat. Usaha untuk raih cinta dia."

"Sebab dia tak cintakan aku, dia cintakan kau, Aleeya! Takkan aku nak paksa dia suka aku! Kau sendiri pun tak suka dipaksa kan, macam tu juga lah dia! Aku tak nak dia terima aku sebab terpaksa! Aku nak tengok dia bahagia! Itu je, Leeya..." suara Raysa kian kendur, sehabis baik cuba menahan tangis.

Aleeya hanya diam membisu. Seketika dia mengeluh perlahan.

•••

Daripada tadi jarinya tak berhenti menekan nombor di telefonnya. Gerangan yang ingin dihubungi tidak langsung mengangkat panggilan membuatkan dia dihambat perasaan gelisah.

"Please jawab, Heriz..." mundar-mundir dia di segenap ruang bilik. Sungguh dia sangat risaukan lelaki itu. Bagaimana keadaan lelaki itu tika ini? Sudah hampir sebulan mereka tidak berjumpa. Kali terakhir adalah ketika lelaki itu mengajak Aleeya keluar date bersama. Selepas itu, lelaki itu terus menghilangkan diri.

"Dia masih tak jawab call ke?" Sapa Aleeya dari pintu bilik. Daripada tadi dia melihat keadaan Raysa yang seperti hilang anak sahaja gayanya. Gelisah semacam.

Raysa hanya menggeleng lemah.

"Ala, dia dah besarlah, Raysa. Pandai-pandai lah dia jaga diri." Naik muak dia melihat sikap 'prihatin' Raysa terhadap Heriz. Gadis itu bukan main peduli pasal lelaki itu tapi Heriz, pandang pun tak.

Raysa menjeling Aleeya tajam, tidak suka dengan bicara gadis itu mungkin.

"Mungkin dia sibuk sekarang ni. Mana tahu tengah fly ke apa kan?" Dia cuba menyedapkan hati Raysa.

Raysa diam seketika seperti sedang berfikir.

"Fly..."

Aleeya pelik melihat kelakuan Raysa.

"Ha aku tahu!"

"Tahu apa?" Tak sabar Aleeya hendak tahu apa yang gadis itu tahu.

"Airport!"

"Airport?" Aleeya sudah naik hairan. Kepalanya digaru perlahan.

"Aku baru teringat dia ada cakap bulan ni dia fly ke Bangkok 2 minggu."

Aleeya mengangguk perlahan, sekarang baru dia faham apa yang dibicarakan Raysa.

"Kalau ikut kalendar..." tangannya membuka kalendar di telefon untuk melihat tarikh.

"Harini dia balik! Pukul 5 petang!" Teruja Raysa menyambung katanya.

Terhinggut bahu Aleeya dengan suara Raysa yang kuat.

"Maksudnya aku ada lagi sejam." Bicara Raysa pada diri sendiri.

"No, Raysa. Jangan cakap kau..." sengaja dia tidak mahu meneruskan kata-katanya.

Raysa sudah mengukir senyum nipis sebelum mengangguk laju.

"No! Tak payah!"

"Nak juga!" Raysa sudah menjelir lidah.

"Tak payahlah, Raysa! Nanti keadaan jadi teruk macam mana?" Sungguh dia sangat risau jika betul Raysa ingin berjumpa dengan Heriz ketika ini. Gadis itu masih tak tahu tentang dendam dan kebencian Heriz padanya. Itu yang merisaukan Aleeya tika ini.

"Ala, apa yang teruknya? Aku bukan buat salah pun!" Tawa kecil terletus dari bibir Raysa seolah-olah Aleeya sedang berjenaka pula.

"Tapi-"

Belum sempat dia ingin meneruskan kata, Raysa sudah menutup pintu biliknya rapat. Mujur dia sempat berundur ke belakang. Kalau tak... ada yang benjol ni.

Seketika dia mengeluh perlahan.

'Aku harap kau kuat, Raysa.' Bicaranya sekadar dalam hati.

'I wish that I was what you wanted

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'I wish that I was what you wanted.'

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now