Part 57

20.7K 630 25
                                    

Handbrake ditarik perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Handbrake ditarik perlahan. Mata kemudian menoleh memandang figura di sebelahnya sebelum senyumnya mula lebar. Dia memusingkan tubuh menghadap sepenuhnya figura yang sedang lena itu. Tangannya menyelak rambut Raysa yang sudah ke pipi, diselit di belakang telinga. Sesekali dia bermain dengan pipi wanita itu sebelum dicubitnya perlahan.

"Sayang..." dia mengejut Raysa lembut.

"Sayang, bangun... kita dah sampai ni."

Lambat-lambat Raysa membuka matanya. Mulut yang ternganga sedikit tadi ditutup perlahan. Wanita itu mula merengek kecil.

"Dah sampai ke?"

Heriz mengangguk sahaja.

"Ala, malas lah nak keluar."

Heriz hanya senyum sebelum keluar dari kereta. Tubuhnya laju melangkah ke bahagian penumpanh lantas pintu dibuka. Tubuh yang berada di dalam kereta diangkat dengan wajah selamba. Raysa sudah terhinggut menerima tindakan drastik Heriz.

"Heriz! Tak payah lah angkat saya! Saya boleh jalan!"

"Tadi sayang cakap malas kan." Dia mengangkat wanita itu seperti gaya bridal style.

"Turunkan lah saya! Saya berat lah!" Lelaki itu hanya meneruskan langkah tanpa mempedulikan kata-kata Raysa. Wajahnya langsung tak terkesan dengan berat yang seperti dikatakan Raysa.

"Berat apa nya? Macam angkat kucing je."

Rayss terus menjelingnya tajam. Sekarang dia sudah selamat duduk di atas sofa di ruang tamu.

"Sayang duduk sini dulu. Abang pergi ambil barang okay? Tunggu tau!"

"Iya!" Raysa hanya tersenyum melihat gelagat Heriz. Alhamdulillah, lelaki itu sudah berubah dari sebelum ini. Lelaki itu seperti bukan Heriz Zayyan yang dia kenal selepas mereka bergaduh. Heriz yang ada dengannya sekarang lebih penyayang, soft spoken dan caring. Mungkin ini sebenarnya perangai sebenar lelaki itu tapi disorok. Tak sangka dia dapat melihat perubahan Heriz. Dalam hati tidak berhenti berdoa supaya hubungan mereka kekal seperti ini hingga ke akhirnya.

"Sayang!" Terhinggut bahu Raysa melihat Heriz sudah berada di hadapannya. Lelaki itu mencangkung didepannya. Tangan lelaki itu direhatkan di atas sofa, Raysa seakan-akn dikepung oleh Heriz.

"Sayang menung apa hm?" Rambut wanita itu diusap lembut. Raysa hanya menggeleng sebelum tersenyum.

"Abang nak masak ni. Sayang nak duduk sini atau nak duduk dalam bilik?"

Raysa menggelengkan kepala. "Tak nak. Saya nak tengok abang masak boleh?" Matanya seakan-akan bersinar apabila mendengar lelaki itu hendak memasak. Mesti Heriz nampak hot! Erk?

Heriz tersenyum kecil sebelum bangun. Tanpa apa-apa, tubuh Raysa dicempungnya lagi sehingga ke dapur. Raysa hanya mampu membiarkan sahaja, kalau bebel, bukan jalan pun!

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now