Part 55

22.9K 647 21
                                    

"Sayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang..." diusap lembut ubun-ubun seseorang yang sedang dibuai lena. Mata yang tertutup rapat itu dipandang dengan penuh kasih sayang. Iya, dia baru sedar, dia sebenarnya sayangkan wanita itu. Tetapi disebabkan dendam bodohnya, dia sanggup menyakiti wanita itu kerana dia tahu walau apa pun jadi, Raysa takkan tinggalkannya. Namun, dia tahu dia bakal kehilangan wanita itu sebaik sahaja kebenaran terungkap. Lantaran itu, biarlah dia menggunakan masa yang ada ini untuk mencipta kenangan manis bersama wanita itu. Sekurang-kurangnya ada kemanisan dalam hubungan mereka untuk dikenang walaupun hanya seketika.

"Bangun, sayang... dah pukul 7." Diusap pula pipi wanita itu. Sesekali dicubit manja, geram melihat pipi montel itu.

Raysa mula merengek perlahan akibat tindakan Heriz yang mengganggu lenanya. Mata dibuka perlahan-lahan. Pandangannya terus dipenuhi dengan wajah tampan Heriz.

"Good morning, sayang." Dengan suara serak basahnya, Heriz membuka mulut. Senyum tidak lepas dari bibir membuatkan Raysa turut tersenyum sekali.

"Morning."

"Bangun ya sayang? Dah pukul 7 pagi. Kejap lagi doktor nak datang check sayang."

"Alaaa..." suaranya dileretkan. Mulut sudah memuncung. Malasnya nak bangun...

"Tak mau lah ala-ala. Tarik muncung tu nanti baru tahu." Baru sahaja dia hendak menarik muncung itik Raysa, wanita itu menjauhkan wajahnya. Tertawa kecil Raysa.

"Dah, bangun. Kita mandi ya?"

"Kita?" Raysa membulatkan mata.

"Iya lah. Abang mandikan sayang. Sayang kan tengah berpantang. Walaupun kandungan sayang tak besar lagi, sayang tetap kena pantang seperti wanita bersalin yang lain supaya tubuh sayang akan sentiasa sihat. Nanti dah tua tak ada lah sakit-sakit."

"Ala, kalau sakit, abang kan ada. Abang jaga lah Raysa." Indah sahaja dia menggelarkan Heriz dengan gelaran 'abang'. Sudah lama dia hendak menggunakan panggilan itu, namun takut lelaki itu pula tidak selesa. Sudahnya dia kuburkan sahaja niatnya itu. Tetapi sekarang tak sangka pula dia masih mempunyai peluang untuk menggunakan gelaran itu. Berbunga hatinya.

'Kalau jodoh kita panjang, Raysa.' Ucapnya sekadar dalam hati. Mengingatkan itu, hatinya dipagut perasaan sayu.

Dia hanya tersenyum manis sebelum berkata, "tapi abang tak nak sayang sakit. Jadi, Raysa jangan banyak songeh, kita mandi sekarang ya? Abang dah sediakan air untuk sayang."

Raysa hanya mengangguk perlahan sebelum dia turun daripada katil. Belum sempat dia jejakkan kakinya di lantai, tubuhnya seperti melayang ke udara. Heriz mencempung tubuhnya gaya bridal style. Membulat biji mata Raysa. Gila ke lelaki ni?

"Heriz, turunkan saya! Saya boleh jalan!" Ditampar kuat dada lelaki itu. Heriz hanya beriak biasa.

"Heriz..."

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now