Part 52

22.5K 684 26
                                    

Serabut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Serabut. Fikirannya serabut. Hatinya berkecamuk. Daripada tadi hatinya tak tenang, fikiran mula bercelaru. Bermacam-macam fikiran negatif muncul di mindanya.

Bagaimana kalau wanita itu meninggalkannya apabila dia tahu perkara sebenar?

Masihkah wanita itu ingin melihat wajahnya lagi?

Adakah wanita itu akan terus mencintainya seperti sebelum ini?

Seketika dia mengeluh berat. Air mata mula bertakung di tubir mata. Dalam fikirannya kini muncul segala perbuatan kejamnya terhadap wanita itu. Tetapi sekalipun Raysa tak pernah membalasnya malah melayannya seperti seorang raja. Mengapa dia tak menghargai pengorbanan wanita itu? Mengapa, Heriz?

Setitik air mata Heriz mengalir, cepat-cepat diseka kasar.

Baru sahaja dia hendak bangun dari duduk, pipi kanannya ditumbuk kuat dari tepi. Terjatuh dia kembali ke kerusi. Terus dia palingkan wajah melihat gerangan yang berani menumbuknya.

"Kau memang lelaki paling tak guna aku pernah jumpa, Heriz!" Dadanya berombak ganas. Nafas dilepas kasar. Tangan dikepal gaya penumbuk, bersedia untuk melayangkannya lagi.

"Apa masalah kau ni?!" Heriz sudah bangun dari duduk.

"Kau tanya, apa masalah aku?! Kau masalah aku! Aku dah dengar cerita dari mama!"

Heriz mengeluh berat.

"Eh Heriz, apa ada dalam kepala kau eh bila kau buat macam tu?! Kau tak ada hati perut ke?! Kau tahu tak, kau dah hancurkan seluruh hidup perempuan tu!"

"Aku dah pesan kan, kalau kau rasa kau tak mampu nak jaga dia dengan baik, biar aku yang jaga! Aku lebih dari mampu!"

"Eh, dia isteri aku lah, gila!" Kolar baju Haireez dicengkam kasar.

"Ouh, baru sekarang kau nak cakap dia isteri kau?! Sebelum ni kau pernah anggap dia isteri kau ke?! Pernah?!" Ditarik kuat tangan Heriz di kolar bajunya, akhirnya terlepas.

"Kenapa ya Raysa perlu jumpa dan cintakan lelaki macam kau? Kau tak layak dapat walau secebis rasa cinta dia! Kau tak layak untuk dia, Heriz! Perempuan sebaik Raysa, layak dapat lebih baik dari kau!"

"Siapa yang lebih baik tu? Kau?" Sinis nada Heriz. Walaupun kedengaran seperti dia tidak peduli, hatinya sungguh terasa dengan kata-kata Haireez. Dia tahu dia bukan suami yang baik bukan lelaki yang hebat untuk memiliki Raysa tetapi jauh di sudut hatinya, seperti dihiris dengan kata-kata Haireez. Air mata mula penuh semula di tubir mata.

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now