Part 30

14.4K 595 22
                                    

"Raysa pergi dulu umi!" Laju kakinya melangkah ke arah motor di belakang rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Raysa pergi dulu umi!" Laju kakinya melangkah ke arah motor di belakang rumah. Belum sempat tangannya ingin memasukkan kunci, suara seseorang menyapa halwa telinganya.

"Kau nak pergi mana ni?" Soal seseorang dari belakangnya.

"Kedai."

"Buat apa?"

"Saja mengorat pak cik kat kedai tu, bosan duduk rumah!" Loyar buruk Raysa.

"Eh, elok sikit eh perangai, tak lama lagi kau dah nak kahwin tau!" Marah Heriz tetapi nada suara ditahan supaya tidak terlalu kuat.

"Ish, aku gurau je lah! Kau ingat aku ada masa ke nak layan pak cik tu? Aku nak beli barang masak lah, dah nak tengah hari kan?" Bentak Raysa kasar.

"Barang masak?"

"Ish, kau ni ada masalah pendengaran ke? Lebih baik pergi check lah sebab aku tak nak kahwin dengan lelaki pekak." Selamba Raysa berbicara. Tidak terkesan langsung dengan raut wajah Heriz yang sudah memerah.

"Aku tanya elok-elok kan, tak reti jawab elok-elok ke?"

"Tak, yang kau nak emo ni kenapa? Lagi satu, sibuk sangat nak tahu aku ke mana kenapa?"

"Aku nak ikut."

"Tak payah. Menyibuk je!" Larang Raysa. Kaki sudah diangkat ingin menaiki motor.

"Ish, bagilah aku ikut! Aku bosan lah!"

"Kalau bosan pergilah siram pokok ke, sapu laman kat depan tu ke, tak payah sibuk nak kacau aku!"

"Berani kau derhaka dengan aku, Raysa?"

"Beranilah, kau bukan suami aku lagi! Bagilah aku derhaka puas-puas sekarang, tak dapat dosa!"

Heriz sudah menggulingkan biji mata ke atas.

"Ah tak ada! Bagi aku ikut sekarang, kalau tak aku bagitahu umi!"

"Eh apa masalah kau ni nak bagitahu umi pula ni? Macam budak-budaklah perangai!" Marah Raysa. Sekarang ni dia memang kena berhati-hati dengan Heriz sebab lelaki itu dah ada backup terbesar! Siapa lagi kalau bukan umi? Sibuk je dengan mak orang!

Heriz tersenyum sinis.

"Iya lah, duduk belakang!"

"Aik, kenapa pula? Kau lah duduk belakang, aku bawa!"

"Ah tak ada! Bukan boleh percaya sangat kau ni, risau kita ke alam barzakh je nanti!" Tak percaya dia dengan si Heriz ni, muka tak nampak macam pandai bawa motor pun! Bukanlah dia hendak cakap lelaki itu seperti lelaki 'lembut' tapi Heriz kan dari keluarga yang berada, selalunya orang-orang macam ni lebih suka bawa kereta sahaja.

"Kau jangan pandang aku sebelah mata eh? Tengok kakilah!" Dilunjurkan kaki sebelahnya ke arah Raysa. Raysa hanya memandang malas.

"Kenapa kaki kau? Ada kudis ke?" Senyum sinis diukir ke arah Heriz.

"Eii perempuan ni!" Hampir sahaja dia ingin mencekik Raysa sebelum suara Puan Rita menahannya.

"Raysa, tak pergi lagi ke?" Kuat suara Puan Rita kedengaran.

"Ni ha, Heriz ni, kacau Raysa!" Sengaja dia hendak mengadu, mana tahu dapat backup juga.

"Tak umi! Raysa ni, tak bagi Heriz ikut. Heriz saja nak tolong dia beli barang sekali, tapi dia jual mahal!" Eh eh pak cik tua ni!

"Raysa..." Puan Rita sudah mencerlung biji mata ke arah Raysa.

"Eh, mana ada umi! Heriz tipu!" Dia sudah menjeling tajam ke arah Heriz. Lelaki itu seronok dengan senyum sengetnya.

"Biarlah Heriz ikut, boleh tolong sekali."

"Tolonglah sangat." Perlahan sahaja dia membalas, kang kena pelangkung pula dengan umi kalau cakap kuat-kuat.

"Dah, kau duduk belakang. Biar aku bawa!" Ditolak tubuh gadis itu ke belakang sebelum dia dengan laju menaiki motor itu. Sabar saja lah Raysa ketika ini!

Enjin motor dihidupkan.

"Bismillahirrahmanirrahim."

"Baca dua khalimah syahadah juga." Sampuk Raysa dari belakang.

Heriz mengerut kening. "Kenapa pula?"

"Takut tak sempat nak mengucap kalau ke alam barzakh nanti." Selamba Raysa membalas.

Disebabkan Heriz terlalu geram, dipulas kuat sehingga Raysa terdorong ke hadapan. Jarak mereka kini terlalu rapat. Terbuntang biji mata Raysa sebelum bahu Heriz ditepuk kuat.

"Kau nak mati ke?!" Marah Raysa.

"Siapa suruh kau tak hati-hati?" Selamba Heriz membalas.

Raysa menjeling belakang Heriz tajam. Kalau tak difikirkan Heriz ini lelaki, memang kena luku kepala lelaki ni!

•••

"Assalammualaikum pak cik!" Kuat Raysa memberi salam sebelum masuk ke kedai Pak Mail yang menjual barang-barang masak.

"Wa'alaikumussalam, Raysa! Lama tak nampak?"

"Sibuk, pak cik. Saya kan perempuan yang bekerjaya." Kening diangkat berkali-kali dengan senyum di wajah.

"Ada-ada je lah kamu ni." Tergeleng kepala Pak Mail dengan gelagat Raysa.

Heriz yang berada di belakang Raysa hanya memerhati gadis itu mengambil plastik, dia agak mungkin Raysa ingin mengambil ikan mentah yang ada di dalam bekas.

"Meh aku ambilkan." Sampuk Heriz dari belakang. Plastik di tangan Raysa diambil selamba. Terkebil-kebil Raysa.

"Kau nak berapa ekor?" Lelaki itu memandang Raysa.

Raysa yang seperti baru tersedar terus tergagap-gagap membalas, "err tiga ekor."

"Okay."

Bukan itu sahaja yang ditolong Heriz, habis semua benda dia buat. Raysa hanya mengarah sahaja. Gadis itu pun pelik dengan kelakuan lelaki itu. Mungkin gila? Tergeleng kepalanya laju. Tak baik cakap bakal suami kau gila, Manda...

"Kau kenapa tergeleng-geleng tu? Dah, jom!" Tangannya sudah penuh dengan barang-barang yang baru sahaja dibelinya.

"Eh, dah bayar ke?"

"Dah, tunggu kau, tahun depan belum tentu bayar."

"Ish, kenapa tak cakap? Nah! Ganti balik duit kau." Duit yang berada di tangannya dihulur ke Heriz. Lelaki itu hanya memandang sepi huluran Raysa.

"Kau simpan je lah duit tu, buat belanja aiskrim. Dah jom! Lambat tinggal!" Enjin motor sudah dihidupkan.

"Ish, sabarlah!"

'You are the only person who can make my heart beat faster and slower at the same time

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'You are the only person who can make my heart beat faster and slower at the same time.'

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now