Part 22

11.5K 554 3
                                    

Raysa melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang lemah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Raysa melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang lemah. Pintu ditutup perlahan.

"Raysa!" Panggil Aleeya. Gadis itu laju menghampiri Raysa.

"Macam mana tadi? Heriz cakap apa?" Hanya senyuman yang menghiasi wajahnya tika ini. Teruja betul dia mahu tahu apa yang dibincangkan mereka berdua tadi.

Raysa menayangkan senyum tipis buat Aleeya. Hambar.

"Okay je tadi." Balas Raysa ringkas. Kotak suara dibetulkan supaya tidak kantoi dia baru sahaja lepas menangis tadi.

"Okay je? Lagi? Takkan itu je? Heriz cakap apa?" Bertalu-talu soalan dituju buat Raysa.

"Dia nak bawa aku jumpa family dia esok." Mendatar Raysa membalas soalan Aleeya. Langsung tiada riak teruja. Hanya senyum ringkas ditayang.

"Seriuslah? Alhamdulillah!" Teruja Aleeya mengucap syukur seperti ini berita yang baik.

"So, kau akan berkahwin dengan dia kan?" Mata Aleeya sudah membulat teruja menanti jawapan Raysa. Hanya Tuhan tahu betapa gembiranya dia ketika ini.

Raysa hanya mengangguk kepala perlahan.

"Alhamdulillah!" Sekali lagi Aleeya mengucap syukur.

"Ini berita baik, Raysa!" Senyum Aleeya makin melebar.

'Baik lah sangat.' Balas Raysa sekadar dalam hati.

"Tahniah, beb!" Aleeya sudah memeluk tubuh Raysa erat. Raysa hanya membalas pelukan Aleeya ringkas.

'Bukan tahniah yang kau patut ucap kat aku. Tapi, takziah.' Seketika senyumnya diukir sinis buat diri sendiri, seolah-olah mengejek diri sendiri yang kelihatan menyebalkan.

"Aku doakan perkahwinan kau dan Heriz akan kekal sampai bila-bila, Raysa."

Raysa hanya senyum mengangguk.

'Lebih baik kau doakan aku cepat keluar dari neraka ciptaan Heriz, Leeya.' Sekali lagi, dia hanya mampu menutur dalam hati.

"Raysa..."

Wajahnya dipalingkan ke arah Aleeya lantas mengangkat kedua-dua kening.

"Kau okay tak ni? Kau asyik diam je! Aku yang teruja lebih macam aku pula yang nak kahwin." Bibir Aleeya sudah memuncung sedepa. Ingat comel gamaknya...

Raysa senyum nipis buat Aleeya. "Okay lah tu, kau teruja bagi pihak aku."

"Leeya..."

"Boleh tak kau tolong aku cari pakaian yang sesuai untuk esok aku nak jumpa family dia?" Kalau bukan kerana dia akan berjumpa dengan keluarga Heriz, memang lambat lagilah dia akan bergaya sakan.

"Eh boleh! Mestilah! Petang ni kita keluar okay?" Bukan main teruja lagi Aleeya.

Raysa mengangguk saja sebelum membalas, "aku masuk bilik dululah. Aku belum solat lagi." Bahu kanan Aleeya ditepuk sekali sebelum berlalu pergi meninggalkan Aleeya yang terpinga-pinga sendiri.

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now