Special Part 2

10.2K 275 16
                                    

Tubuh yang bersandar di bahunya ditepuk perlahan, memberi semangat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tubuh yang bersandar di bahunya ditepuk perlahan, memberi semangat. Dia yang mendengar luahan Raysa pun sudah sesak apatah lagi gadis itu sendiri yang mengalaminya.

"Kau dah fikir betul-betul ke dengan keputusan kau?" Dia bukan apa, dia tak mahu sahabatnya terluka lagi. Jika dengan cara begini Raysa akan mengecap kebahagiaan, dia terima. Tapi jika sebaliknya, dia tak sanggup. Cukuplah dia menyaksikan sendiri penderitaan Raysa selama ini. Terlalu tragis apa yang dilalui gadis itu. Biarlah kali ini Raysa bahagia pula.

Raysa angguk payah. Air mata yang masih menitis diseka lemah.

"Aku buat ni untuk kebaikan aku dan dia, Leeya. Aku tak nak seksa diri aku. Aku pun tak nak seksa dia lagi. Aku tak nak dia terus-terusan rasa bersalah. Mungkin dengan jalan ini, kami akan jadi lebih baik." Balasnya perlahan.

"Tapi kau cintakan dia lagi, Raysa."

"Cinta tak semestinya perlu bersama. Aku masih trauma dengan apa yang berlaku. Jujur aku cakap, aku masih tak boleh terima segala perbuatan dia pada aku tapi aku pun tak boleh nak bencikan dia. Untuk aku rawat hati aku, hanya satu cara aje, Leeya. Perpisahan."

"Dah terlalu lama aku bertahan dalam hubungan yang toksik. Dan aku yakin, hubungan kami akan lebih keruh kalau aku terus bersama dia."

"Jadi, kau tak nak bagi dia peluang langsung untuk perbetulkan semuanya?"

"Peluang tu ada tapi aku sendiri tak kuat, Leeya. Bukan mudah kita nak berikan peluang kedua. Kita seolah-olah meletakkan diri kita dalam bahaya. Kita tak tahu kita akan selamat ataupun makin hancur." Kepercayaan yang dia beri pada Heriz sebelum ini sudah terlalu banyak tetapi lelaki itu dengan mudah menghancurkannya. Dia juga manusia biasa. Sekali disakiti, akan fikir berkali-kali untuk memberi peluang untuk perbaiki.

"Aku minta maaf..."

Pantas Raysa angkat wajah memandang Aleeya. Dahi berkerut. Mengapa sahabatnya memohon maaf pula?

"Aku minta maaf, Raysa... kalau bukan sebab aku, mesti kau tak perlu hadap penyeksaan macam ni. Kalau bukan sebab mulut lancang aku yang cabar Heriz untuk kahwin dengan kau, pasti kau tak perlu lalui hubungan toksik macam ni." Kesal. Seumur hidup akan dia bawa rasa itu. Dia sedar, dia gagal menjadi sahabat yang baik buat Raysa. Dia patutnya bahagiakan gadis itu tapi dia malah membuat Raysa terseksa pula.

Raysa geleng. Tangan Aleeya dicapai.

"Janganlah cakap macam tu. Kau tak salah. Tak ada sesiapa pun salah dalam hal ni, Leeya. Ini semua takdir. Dan aku terima kalau macam ni lah perjalanan takdir aku. Aku tak salahkan sesiapa pun. Aku tak simpan dendam dengan sesiapa pun. Aku anggap ini yang dah tertulis untuk aku. Nak tak nak, aku perlu terima dengan hati terbuka."

"Kau kawan terbaik yang aku pernah kenal, Leeya. Di saat aku tak ada sesiapa, kau ada. Kau yang bagi semangat, ambil berat terhadap aku, sentiasa risaukan aku. Aku yakin aku takkan jumpa dah kawan macam kau."

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now