Thank you

9.1K 203 46
                                    

Assalammualaikum dan hai semua...

Alhamdulillah dengan izin Allah sekali lagi saya dapat siapkan MPL ( new version ). Bagi yang belum pernah baca story ni, story ni saya dah ubah SPECIAL CHAPTER. Bagi yang pernah baca, sempatlah baca happy ending kan? Tapi saya rasa better yang tak pernah baca old version sebab nanti susah nak move on dengan new version :)

Saya tak expect pun ramai yang akan baca dalam masa tak sampai 24 jam saya publish semula. Ramai juga yang menentang saya ubah cerita ni ya? Ramai yang tak percaya ending dia macam ni. Saya sebenarnya dah bagitahu awal-awal yang saya akan ubah cerita ni. Saya dah bagitahu di Wattpad dan Instagram saya. Tapi mungkin ada yang tak perasan. Kalau nak tahu lebih lanjut kenapa saya tukar, awak boleh pergi Instagram saya ( myserraa._ ) di bahagian highlight, saya ada jelaskan.

Saya jelaskan sedikit di sini kenapa saya ubah ending. Sebab saya dapati story saya kali ni terdapat unsur keganasan rumahtangga yang sangat teruk. Lebih mengecewakan, ianya happy ending, seolah-olah saya menyokong perkara tersebut. Saya tak tahu siapa pembaca saya, dari lingkungan umur berapa, jadi saya takut cerita saya tu memberi impak yang negatif kepada pembaca terutama sekali yang masih muda. Saya juga tak tahu mungkin ada di kalangan pembaca saya ni pernah mengalami situasi begini jadi pasti tak adil untuk mereka jika saya teruskan dengan happy ending.

Mungkin juga ada yang tertanya, kenapa baru sekarang? Saya akui khilaf saya juga, saya patut lebih peka sewaktu saya publish cerita ni mula-mula. Sebelum ni saya ada perasan satu video tiktok yang menunjukkan seorang reader, dia kata, dia sukakan lelaki redflag yang obses dengan wife dia walaupun lelaki tu kaki p*kul atau d*ra. Sebagai penulis, tentunya saya nak berikan impak yang baik pada pembaca bukan meninggalkan kesan yang buruk.

Kepada pembaca yang sukakan genre ganas ataupun lelaki yang seperti saya beritahu tadi, saya nak cakap, realiti tak seindah fiksyen. Mungkin awak rasa 'seronok' tengok lelaki tu obses dengan wife sendiri tapi abusive is not normal. Awak rasa semua tu indah sebab itu rekaan penulis semata-mata.

Disebabkan itu, saya cuba elakkan buat happy ending untuk cerita saya kali ini. Saya perlu fikirkan sensitiviti pembaca. Percayalah cakap saya, walaupun kita harapkan happy ending, di dunia realiti, itu amatlah susah untuk jadi. Tiada wanita dalam dunia ni dapat bertahan dengan lelaki seperti itu. Saya harap dengan cerita saya ini dapat memberi semangat ataupun sedikit kekuatan untuk mereka yang pernah mengalami atau sedang mengalaminya. Sebagai seorang wanita, kita juga ada hak untuk pertahankan diri kita. Jadi, bagi saya, ending kali ini lebih realistik.

Saya minta maaf kalau ada yang tak puas hati. Saya tahu ramai prefer ending yang lama tapi saya minta maaf, ending yang lama saya takkan publish lagi. Ini adalah perubahan yang kekal.

Saya juga mohon maaf sebab saya sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti pembaca. Saya patut tahu mana yang buruk dan mana yang beri impak yang baik. Saya akan perbaiki lagi diri saya selepas ini.

Terima kasih bagi yang sudi baca karya saya kali ini. Saya minta maaf kalau ada typo, ada masa saya akan edit semula. Semoga kita jumpa di karya-karya saya yang lain. Terima kasih semua...
























Ada cinta yang ditakdirkan untuk tidak saling memiliki,
tapi mereka memiliki ikatan batin yang sangat kuat,
mereka tahu bahawa mereka saling memikirkan,
namun mustahil rasanya untuk bersama.
Dan pada akhirnya, mereka memilih untuk merindu seumur hidup. - My Perfect Love -

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now