Part 21

12.2K 592 40
                                    

"Movie apa tu?" Soal Aleeya dari belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Movie apa tu?" Soal Aleeya dari belakang. Kaki perlahan menghampiri Raysa yang sedang menonton televisyen di sofa.

Raysa mengangkat kedua-dua bahu. "Entah. Aku tengok je." Hari ini merupakan hari minggu dan bengkelnya memang akan tutup. Disebakan dia terlalu malas untuk keluar hari ini, dia hanya duduk di rumah membuang masa sahaja. Nak pulang ke kampung, dia tidak sanggup berdepan dengan umi dalam keadaan emosi yang tak stabil begini.

"Kau okay tak ni?"

Raysa melepaskan keluhan berat. Belum sempat mulutnya hendak bersuara, ketukan pintu dari luar kedengaran.

Raysa terus memandang Aleeya dengan pandangan pelik. Masing-masing masih berkira-kira hendak buka atau tidak.

"Bukankah kita dah tutup pagar depan?" Soal Raysa perlahan. Hati sudah mula berdebar-debar.

Aleeya hanya mengangkat bahu sebagai balasan.

"Kau pergi bukalah!" Arah Raysa.

"Ish, apa pula aku? Kaulah!" Kesudahannya dua-dua tak nak buka.

"Ala, kaulah! Aku malas!"

"Tapi..."

Tok! Tok! Tok!

"Cepatlah, Leeya! Pergilah buka."

Aleeya berdengus kasar sebelum membalas. "Iya lah!" Tubuh diangkat dari sofa lantas menuju ke pintu. Sebelum membuka pintu sempat lagi dia membaca surah-surah yang sepatutnya. Mengelakkan perkara buruk terjadi.

Sebaik sahaja pintu dibuka, mukanya berubah dingin.

'Mamat gila ni lagi...' bicara Aleeya perlahan dalam hati. Raysa terlihat sedang asyik menonton televisyen sehingga tidak peduli tetamu yang datang.

"Hai, Aleeya." Senyum ikhlas ditayang kepada gadis itu.

"Nak apa datang sini?" Kasar Aleeya membuka mulut. Dia tiada masa untuk melayan perkara yang membuang masa seperti ini.

"Saya nak jumpa dengan Raysa."

Terangkat kedua-dua kening Aleeya.

"Boleh?"

"Err... bo... boleh. Jap saya panggil Raysa." Tergagap Aleeya membalas. Tidak sangka dia lelaki itu ingin berjumpa dengan Raysa. Petanda baikkah?

"Baiklah, saya tunggu kat kereta, ya?"

Aleeya hanya mengangguk ringkas. Laju kaki menghampiri figura Raysa.

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now