Part 47

19.2K 648 85
                                    

"What?! Pregnant?!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"What?! Pregnant?!"

Dia hanya mengangguk perlahan dengan wajah dinginnya.

"Tahniah, bro!" Terus disalam tangan itu dengan wajah gembira. Heriz sudah mengerut kening.

"Congrats, bro! So, tak lama lagi aku bakal jadi pak cik lah ni!" Teruja dia bersuara.

Heriz mendengus kasar.

"Kau okay tak ni? Kenapa macam tak suka je?" Pelik Fakhrul melihat kelakuan Heriz. Sepatutnya dia suka apabila mendengar berita sebegini. Siapa sahaja tak suka apabila mengetahui diri sendiri bakal ada anak?

"Aku tak nak anak tu."

"Astaghfirullahhalazim. Apa kau cakap ni, Heriz? Kau sedar tak apa kau cakap ni?!" Suara Fakhrul sudah naik seoktaf.

"Itu bukan anak aku!" Lantang suara Heriz menentang suara Fakhrul.

"Habistu, anak siapa? Anak kucing? Agak-agak lah Heriz kalau ya pun kau benci Raysa, janganlah sampai tak mengaku anak tu anak kau. Mana iman kau ni? Kau bercakap seolah tak ada iman sekarang!" Naik pening dia dengan perangai Heriz yanh tak habis-habis dengan api dendamnya itu.

"Aku tak nak dia mengandungkan anak aku. Kau faham tak, Fakhrul?!" Marah Heriz.

"Tak, sekarang ni aku rasa kau yang tak faham. Kalau kau tak nak dia mengandungkan anak kau, kau pergi buntingkan dia kenapa?! Siapa yang bodoh sekarang?!"

"Aku dah suruh dia makan pil!"

Fakhrul menggeleng kepala dengan jawapan Heriz.

"Sampai macam tu sekali kau tak nak dia mengandungkan anak kau. Manusia jenis apa kau ni, Heriz?!"

Heriz mendengus kasar.

"Habistu, sekarang ni macam mana?"

"Aku nak dia gugurkan anak tu."

"Kau gila ke?!" Herdik Fakhrul.

"Astaghfirullahhalazim! Kau tak takut dosa ke, Heriz?! Mana pergi hati perut kau ni?! Tu anak kau sendiri tau, darah daging kau sendiri!"

"Tapi..."

"Disebabkan Raysa yang mengandungkan anak kau, kau nak buang bayi tu, kau bodoh ke?! Kau sanggup nak jadi lelaki yang tak berhati perut semata-semata sebab dendam bodoh kau tu?!" Pintas Fakhrul laju.

Seketika suasana sunyi.

Fakhrul melepaskan keluhan berat.

"Budak tu tak salah, Heriz. Kenapa dia yang jadi mangsa? Kenapa dia yang kau nak buang? Kenapa tak dendam bodoh kau tu yang kau patut padamkan?" Suaranya sudah mula kendur daripada tadi.

"Ramai lagi kat luar sana, bersusah-payah keluarkan banyak duit, untuk dapat anak. Tapi kau, semudah tu je nak buang? Mana sifat syukur kau kepada Allah, Heriz?"

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now