Part 43

16.1K 609 79
                                    

"Siapa izinkan kau bawa masuk dia dalam rumah?" Soal Heriz dengan wajah dingin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Siapa izinkan kau bawa masuk dia dalam rumah?" Soal Heriz dengan wajah dingin. Tangan disilang ke dada.

"Habistu? Takkan nak biar duduk luar? Lagipun awak ada dalam rumah kan, kalau awak tak ada, saya pun tak ingin lah nak bawa dia masuk rumah. Saya tahu batas saya sebagai seorang isteri." Raysa membalas sambil membuat air untuk Aiman.

Heriz berdecit sinis.

"Batas? Kau tahu tak, ini dah kali kedua lelaki datang rumah sebab kau? Apa yang kau dah buat kat dia orang eh? Dah guna-guna dia orang?" Tuduh Heriz.

"Saya tak ada masa nak gaduh dengan awak sekarang, Heriz." Terus dia beredar meninggalkan Heriz yang sudah mengetap bibir kuat menahan amarah.

'Pandai kau melawan aku sekarang eh?'

Sementara di ruang tamu...

"Ini air untuk kau, Aiman." Dihulur sebuah gelas kepada lelaki itu.

"Terima kasih, Manda." Dihirup perlahan air tersebut.

"Manda... boleh tak kita cakap di luar? Aku ada sesuatu nak tanya." Tidak selesa dia ingin bercakap di dalam menyedari mata Heriz yang tidak berhenti merenungnya bagai hendak ditikam sahaja.

"Boleh. Jom." Terus langkah dibawa ke luar rumah diikutu Aiman. Mereka menuju ke taman mini yang berada di bersebelahan banglo mewah itu.

"Kau nak tanya apa?"

"Kenapa kau tak datang bengkel? Aku tunggu tadi." Senyum Aiman.

Raysa mengeluh perlahan.

"Aiman..."

Lelaki itu memandang wajah Raysa.

"Aku minta maaf. Aku rasa aku akan tutup bengkel tu."

"Eh kenapa pula, Manda? Tiba-tiba je."

Raysa diam seketika. Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

"Aku dah berkahwin, Aiman. Aku bukan bujang lagi. Aku ada tanggungjawab yang perlu digalas. Aku tak nak abaikan suami aku kalau aku terlampau sibuk di bengkel."

"Aku harap kau faham." Tipulah kalau dia cakap dia tidak sedih dengan keputusannya ini, tapi dia takkan buat sesuatu tanpa restu suaminya. Mungkin rezeki ada di tempat lain. Dia percaya semua itu.

Aiman mengeluh perlahan.

"Betul kau nak tutup sebab kau nak fokus dengan rumahtangga kau? Bukan sebab suami kau yang suruh?"

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now