Part 12

10.7K 623 92
                                    

"Hai, Raysa!" Sapa Heriz mesra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hai, Raysa!" Sapa Heriz mesra.

"Eh, Heriz! Buat apa kat sini?!" Terkejut besar dia melihat figura Heriz di hadapan rumahnya pagi-pagi begini. Dia tengah bersiap-siap hendak ke bengkel. Apa lelaki ni nak muncul di sini ya?

"Tak cakap pun nak datang."

"Saja. Surprise." Sengih Heriz.

"Aku pergi kuliah dulu tau, Raysa." Ujar Aleeya dari dalam rumah. Kakinya laju menuju ke rak kasut.

Heriz sudah memandang Aleeya dengan pandangan teruja.

"Kejap." Belum sempat Aleeya mahu melangkah jauh, langkahnya dihentikan oleh suara Heriz. Ditoleh wajah ke arah lelaki itu.

"Saya ada belikan nasi lemak. Nah!" Hulur Heriz dengan senyuman manis. Ceria sahaja wajahnya ketika ini.

Aleeya teragak-agak mahu mengambilnya. Matanya memandang Raysa dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Tak apa, awak jangan risau. Untuk Raysa pun ada." Sambung Heriz. Dia macam tahu saja apa yang berada dalam fikiran Aleeya.

"O-kay. Terima kasih." Lambat-lambat tangannya menyambut huluran itu.

Raysa hanya melihat dengan wajah yang sudah keruh. Jauh dalam sudut hatinya, terselit perasaan cemburu. Mengapa Heriz beri pada Aleeya dahulu? Kenapa tidak dia? Dia bukan lagi keutaamaan lelaki itukah?

"Aku pergi dulu, Raysa. Kau jaga diri, okay!" Masuk sahaja ke dalam kereta, enjin dihidupkan sebelum meluncur laju ke jalan raya.

Mata Heriz tidak beralih dari memandang Aleeya sehingga gadis itu hilang dari bayangnya juga dipandangnya.

"Woi!" Bahu Heriz ditepuk kuat oleh Raysa. Terhinggut bahunya terkejut. Mana tak terkejut, angau sangat sampai sekeliling pun tak kisah dah.

"Kau pandang apa lagi? Dia dah tak ada!" Ujar Raysa kasar. Tangan sudah disilang ke dada.

Heriz mencebik mulut seketika sebelum bibirnya diukir senyum manis. "Eh, aku rasalah kan, aku dah jatuh cinta lah, Raysa." Sambung Heriz dengan muka angaunya.

Hati Raysa sudah mula tak sedap. "Kau jatuh cinta dengan siapa pula?"

"Aleeya, kawan kau tu lah! Takkan kau kot! Kau ganas, tak macam perempuan, risau betul aku nak jatuh cinta dengan kau." Balas Heriz selamba diselangi ketawa yang kuat. Seolah-olah apa yang dibicaranya tadi tersangatlah kelakar.

Dang!

Hati Raysa bagai dihempas ke lantai berkali-kali, dihentak ke dinding dengan kelajuan yang maksima, dihenyak dan direnyuk sekuatnya. Itu yang dirasakan sekarang. Dada yang berombak laju, cuba dikawal sebaik mungkin.

"Kau dengar tak ni, Raysa?" Soal Heriz apabila melihat Raysa seperti tidak merespon. Bermimpi di siang harikah gadis ini?

"Ha, dengar! Aku dengar je!" Jawab Raysa gelabah.

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now