Part 14

10.9K 587 11
                                    

"Ada apa kau nak jumpa aku ni? Aku sibuk lah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ada apa kau nak jumpa aku ni? Aku sibuk lah." Terkejut dia apabila mendapat panggilan dari lelaki itu, memberitahunya hendak berjumpa dalam kadar segera.

"Ish kau ni! Kalah aku pula sibuk kau." Balas Heriz dengan muncungnya.

Raysa hanya memekakkan telinga.

"Aku sebenarnya ada sesuatu nak cakap dengan kau."

"Apa?"

"Aku... nak bawa Aleeya keluar boleh?"

Kening Raysa berkerut seribu.

"Kau nak bawa dia ke mana?"

"Pergi jalan-jalan. Macam..."

"Date."

Tersentak Raysa mendengar jawapan Heriz. Sekarang baru dia faham apa sebenarnya yang ingin diberitahu lelaki itu. Mengenai Aleeya... terdetik perasaan cemburu dalam hatinya.

"Habistu, kenapa kau beritahu aku? Pergilah cakap dengan dia." Balas Raysa sedikit kasar, menyembunyikan perasaan tidak senang yang mula menjalar dalam hatinya.

"Itulah masalahnya!" Semakin kendur suara Heriz.

"Aku tak rasa dia nak keluar dengan aku." Mukanya sudah ditayang sedih.

Raysa seperti boleh agak apa yang ingin dibicarakan Heriz selepas itu.

"Kau tolong aku cakap dengan dia boleh?"

Kan dah kata...

Raysa sudah mengeluh perlahan.

"Kalau dia tak nak macam mana?"

"Ala, kau buat lah sampai dia nak. Tolong lah aku, Raysa. Aku betul-betul serius nak dia." Rayu Heriz dengan muka bersungguhnya.

"Kalau kau nak dia, kau kena lah tunjuk effort kau."

"Macam mana aku nak tunjuk kalau dia tak beri aku peluang langsung untuk dekati dia? Kalau kau tolong aku kali ini dan dia setuju, aku janji dengan kau, Raysa, aku akan gunakan peluang ni sebaik mungkin. Aku janji." Bersungguh Heriz berjanji.

Raysa hanya mendiamkan diri. Matanya sayu memandang Heriz. Liur ditelan kesat.

"Tolong eh, Raysa? Aku betul-betul dah jatuh suka dengan dia."

Lama Raysa merenung anak mata Heriz sebelum mengukir senyum nipis. Kelihatan hambar.

"Okay. Aku... tolong kau." Lambat-lambat Raysa menjawab.

Wajah Heriz sudah ceria dengan senyuman yang makin melebar di bibir.

"Terima kasih, Raysa! Kau memang kawan terbaik aku." Teruja Heriz berbicara.

Raysa hanya senyum dengan air mata yang bertakung di tubir mata.

'Kenapa, Heriz? Kenapa kau tak nampak perasaan aku pada kau? Kenapa kau kejarkan orang yang tak nak pada kau?' Sayu Raysa berbicara dalam hati.

•••

Tok! Tok! Tok!

"Masuk."

Pintu dibuka perlahan dari luar. Figura Raysa kelihatan dengan senyuman di bibir.

"Kau sibuk ke tu?" Matanya terus terhala ke arah kertas-kertas yang bertaburan di atas meja belajar. Assignment mungkin...

"Eh tak adalah! Kenapa?" Aleeya mengukir senyum nipis buat Raysa. Kaki melangkah ke birai katil, bersebelahan dengan Raysa.

"Aku... ada sesuatu nak cakap dengan kau."

"Okay... apa tu?"

"Heriz..."

Terus raut wajah Aleeya berubah dingin. Senyuman yang melebar, makin kendur.

"Dia... nak ajak kau keluar." Perlahan Raysa meneruskan kata.

"No!" Keras sahaja suara Aleeya menolak.

"Leeya..."

"No, Raysa! Why should I? Aku tak nak keluar dengan dia!" Suaranya sudah dinaikkan seoktaf.

"Tapi... dia nak sangat keluar dengan kau."

Mata Aleeya tidak berkelip memandang Raysa. Apa semua ni...

"Aku kenal dia, Leeya. Dia seorang yang sangat baik. Percayalah cakap aku." Sebaik mungkin Raysa cuba meyakinkan kawan baiknya itu.

"Macam mana kau tahu dia baik?" Bidas Aleeya kasar.

"Kalau dia tak baik, aku takkan jatuh cinta pada dia, Leeya. Takkan..." suaranya mula sayu. Air mata yang ingin mengalir, ditahan sebaik mungkin. Sungguh berat hatinya hendak melakukan semua ini.

Aleeya terdiam, lidahnya kelu untuk bersuara.

"Tolonglah, Leeya. Beri dia peluang untuk kenal dengan kau." Raysa masih lagi memujuk.

"Raysa, kenapa kau buat semua ni? Kenapa kau perlu korbankan perasaan kau sampai macam ni sekali?" Suara Aleeya sudah mula kendur. Tidak sekeras tadi.

"Habistu, apa yang aku patut buat? Apa yang aku patut buat apabila orang yang aku cinta, cintakan orang lain? Kau sendiri cakap, kita tak boleh memaksa orang untuk suka kita. Perasaan tidak boleh dikawal. Jadi, kau beritahu aku, apa lagi yang aku patut buat sekarang?" Sayu Raysa meluah perasaan. Air mata yang ditahan, mengalir deras mencemari pipi mulusnya.

"Aku dah tak tahu nak buat apa lagi, Leeya. Dia bersungguh nak kenal dengan kau. Aku nampak keikhlasan dan kesungguhan dia, Leeya." Sambung Raysa lagi.

Aleeya menggigit bibirnya perlahan menahan air mata dari mengalir.

"Percayalah cakap aku, dia lelaki yang baik. Aku tahu dia mampu bahagiakan kau. Aku cuma minta kau beri dia peluang untuk tunjuk effort dia pada kau. Tapi kalau kau masih tak boleh nak terima dia, aku takkan paksa lagi dah. Asalkan kau cuba untuk beri dia peluang. Please, Leeya..." hanya Tuhan sahaja tahu perasaannya tika ini. Orang yang dia cinta menyukai kawan baiknya sendiri, siapa sahaja mampu kuat? Tapi dia harus kuat untuk melihat kebahagiaan mereka, terutamanya Heriz.

"Habistu, kau macam mana, Raysa?"

"Jangan peduli pasal aku. Jangan risau, aku okay. Kalau tak okay pun, aku akan okay. Jangan kisahkan aku. Kau tu, cubalah beri Heriz peluang ya? Percaya cakap aku, dia lelaki yang terbaik untuk kau. Dia mampu bahagiakan kawan baik aku seorang ni." Tangan Aleeya dicapai sebelum diusapnya lembut. Senyum diukir buat gadis itu. Hambar...

'Hambar, Raysa. Senyum kau nampak kau bodoh.' Bicara Raysa sendiri dalam hati. Sinis.

'You don't have to be happy to smile

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'You don't have to be happy to smile.'

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now