Part 29

11K 599 32
                                    

"Raysa, dah siap ke nak solat?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Raysa, dah siap ke nak solat?"

"Dah, umi. Jom." Dia yang sudah siap bertelekung menghampiri uminya yang berada di luar bilik. Wanita itu juga sudah kemas dengan telekung putihnya. Memang menjadi tabiat mereka untuk solat berjemaah sama-sama pada waktu maghrib.

"Eh jap, mana Heriz?"

"Ha?"

"Mana Heriz? Tak panggil dia sekali ke solat jemaah?"

"Eh, kena panggil dia sekali ke?"

Lengannya ditepuk kuat oleh Puan Rita.

"Aduh, sakitlah umi!"

"Iya lah, kena lah ajak sekali. Dia lelaki, lagi bagus, boleh jadi imam malam ni."

Raysa mengeluh perlahan.

"Tak payah lah umi. Entah-entah dia dah solat dulu dah." Malas dia mahu mengajak lelaki itu sekali. Sebenarnya dia malas hendak menghadap muka pak cik tu!

"Ish tak ada nya! Umi dah pesan kat dia tadi, solat sama-sama lepas makan."

"Yang umi ajak dia kenapa? Tak nak nya dia solat sekali. Mesti dia malu." Sebaik mungkin dia mencari alasan.

"Ish, apa nak malu? Suruh imamkan solat je! Dah, pergi panggil dia. Umi tunggu kat bilik solat."

Raysa mengeluh perlahan.

"Panggil dia tau!" Pesan Puan Rita lagi.

"Iya!" Kaki dengan malas melangkah ke bilik tetamu.

Tok! Tok! Tok!

Tiada sahutan.

Tok! Tok! Tok!

Pintu dibuka dari dalam.

Klik!

Matanya terus terhala ke arah gerangan di sebalik pintu sebelum mulutnya ternganga kecil. Mata menilik atas bawah.

"Dah habis scan badan orang belum?" Perli gerangan tersebut.

Terus ditutup mulutnya sebelum terkulat-kulat memandang Heriz.

"Umi... suruh solat jemaah sama-sama." Diutarakan niat sebenarnya memanggil lelaki itu.

"Jom." Dia yang sudah siap dengan kain pelikat dan tshirt putih tersarung kemas di tubuh. Songkok juga tidak lupa untuk dipakai. Raysa tidak lepas dari memandang Heriz. Lelaki itu sangat berbeza dari biasa. Jika sebelum ini penampilannya seperti bad boy, sekarang dah macam ustaz masjid pula.

"Seronok kau cuci mata ya?" Perli Heriz lagi. Bukan dia tak tahu mata gadis itu tak berhenti dari memandangnya. Tahulah handsome!

Erk?

"Mana ada cuci mata!" Nafi Raysa. Matanya meliar melihat ke tempat lain, tidak mahu memandang lelaki itu.

"Kenapa? Tergoda ke tengok aku macam ni?" Bibir terjungkit sebelah mengukir senyum senget. Tangan disilang ke dada.

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now