Special Part 1

12K 254 12
                                    

Langit yang kian mendung dan gelap itu ditatap kosong

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langit yang kian mendung dan gelap itu ditatap kosong. Fikiran melayang entah ke mana. Tubuh lesu terpaku ke lantai. Malam ini terasa begitu sunyi. Bukan malam ini saja tetapi malam-malam sebelum ini juga. Dia terasa seperti kehilangan sesuatu. Hidupnya seperti tiada makna lagi. Hanya jasad yang masih bernyawa namun hati, mati.

"Kat sini lagi kau." Tegur seseorang di pintu yang menuju ke kolam renang. Terhenti langkahnya melihat sekujur tubuh yang dicari-cari daripada tadi.

Bukan hari ini tetapi setiap malam figura itu akan berdiri di tepi kolam dengan kepala yang mendongak merenung langit malam. Kalau sekejap tak apa lah juga tapi berjam-jam. Sahabat yang dia kenal semakin lama semakin berubah. Menjadi seorang yang pendiam. Suka termenung sendirian. Lebih suka jauh daripada orang.

"Dah lewat malam ni, Heriz. Masuklah." Ujarnya. Kaki dibawa merapati Heriz. Sudah dua malam dia tidur di rumah sahabatnya namun setiap hari juga dia datang melawat lelaki itu. Bukan apa, dia tahu Heriz sunyi. Sekurang-kurangnya jika berteman, mungkin lelaki itu dapat mengalih perhatian daripada sesuatu yang menyedihkan tetapi nampaknya Heriz masih tak mampu lupakan apa yang terjadi.

"Kau rasa kan, dia kat mana sekarang ni?" Soal Heriz tiba-tiba. Mata masih sama. Merenung dalam langit yang tenggelam dengan kegelapan. Bulan dan bintang juga tiada. Kosong.

Fakhrul mengeluh. Dia tahu siapa yang dimaksudkan sahabatnya tetapi dia sendiri buntu di mana keberadaan si 'dia' yang disebut Heriz.

"Entahlah, Heriz. Aku cuba tanya Aleeya, kawan dia. Tapi Aleeya sendiri tak tahu kat mana Raysa sekarang." Balas Fakhrul. Nada suara jelas menunjukkan dia sesal dengan diri sendiri kerana tak mampu membantu Heriz.

Halkum Heriz bergerak turun naik. Cuba kawal perasaan yang semakin tak menentu.

"Setahun dah dia pergi. Tapi, satu berita tentang dia pun aku tak tahu. Entah masih hidup ataupun tidak..." di hujung ayat diselangi keluhan berat.

Fakhrul menepuk perlahan bahu Heriz, menyalurkan kekuatan. Tiada apa lagi yang mampu dia buat melainkan memberi semangat pada sahabatnya.

"Insha Allah dia selamat. Kau kena banyak berdoa supaya Allah sentiasa lindungi isteri kau walau di mana pun dia berada."

"Aku tak pernah lupa. Setiap masa aku doakan dia. Tapi... sampai bila aku hanya mampu berdoa tanpa dapat berjumpa dengan dia lagi?" Soal Heriz, lebih kepada diri sendiri. Pandangan mula berbalam-balam. Kepala ditunduk ke bawah. Tangan yang berada di dalam poket seluar digenggam kuat.

Lelah. Setiap hari dia menunggu kepulangan Raysa. Setiap masa dia mengharapkan isterinya untuk muncul di hadapannya tetapi itu semua hanya angan-angan yang seperti mustahil benar hendak terjadi. Dia sampai hampir putus asa. Dia sampai hilang harap. Raysa masih tak munculkan diri.

"Kau kena sabar, Heriz. Ini dugaan untuk kau. Percayalah, Allah sebaik-baik perancang. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya."

"Aku memang lelaki tak guna. Aku memang tak patut hidup dalam dunia ni. Aku—"

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now