Part 45

18.8K 635 63
                                    

Hari ini genap 4 bulan perkahwinannya dengan lelaki itu, dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya dia kerana sehingga ke saat ini dia masih bersama dengan lelaki yang dia cinta

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Hari ini genap 4 bulan perkahwinannya dengan lelaki itu, dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya dia kerana sehingga ke saat ini dia masih bersama dengan lelaki yang dia cinta. Syukur dia masih mampu mengharungi dugaan yang menimpanya bertubi-tubi walaupun hampir putus asa. Setiap hari harapannya tetap sama, lelaki itu dapat menerimanya sebagai seorang isteri dan dengan itu dia tidak akan putus asa untuk meraih cinta lelaki itu.

Klik!

Bunyi pintu dibuka dari luar kedengaran. Laju Raysa melangkah ke pintu untuk menyambut kepulangan suami tercinta.

"Awak baru balik?" Dia menghulur tangan untuk menyalam tangan Heriz namun hanya dibalas sepi oleh lelaki itu. Heriz terus melangkah melepasi Raysa meninggalkan wanita itu dengan beg tariknya. Raysa hanya senyum sebelum menarik beg tarik Heriz.

"Awak dah makan?" Dia masih ingin memulakan perbualan dengan lelaki itu. Heriz hanya diam sahaja. Itulah Heriz Zayyan sejak 4 bulan lalu. Selepas sahaja dia meninggalkan Raysa di rumah seorang diri, balik sahaja dari kerjanya, dia terus bersikap dingin dengan wanita itu. Jangankan bercakap, pandang pun tidak. Lelaki itu seolah-olah menganggap Raysa tidak wujud di dalam rumah itu. Akan tetapi, apabila dia ingin Raysa melayaninya, dia akan berlembut dengan wanita itu. Apabila pagi menjelma, dia kembali bersikap dingin. Walaupun sakit, Raysa sudah terbiasa sehingga dia merelakan semuanya. Mungkin kerana dia terlalu cintakan lelaki itu, dia sanggup menutup matanya dari melihat kesalahan mahupun keburukan Heriz. Sungguh kuat kuasa cinta.

"Heriz..." panggil Raysa.

"Apa lagi, Raysa?!" Suara Heriz naik seoktaf.

Raysa terdiam seketika sebelum menggeleng kepala tanda tiada apa-apa. Heriz mendengus kasar sebelum meninggalkan Raysa seorang diri.

Niatnya ingin memberitahu lelaki itu tentang hubungan mereka yang sudah menjelang 4 bulan, namun melihatkan wajah Heriz seperti tidak mahu ambil tahu, dia hanya mampu menggeleng kepala. Mungkin lelaki itu penat...

•••

Tok! Tok! Tok!

"Heriz... saya dah masak makan malam. Mari makan." Pelawa Raysa. Memang menjadi rutin hariannya untuk memanggil lelaki itu turun makan, ada hari Heriz akan turun, ada hari lelaki itu hanya mengabaikan panggilan Raysa tapi wanita itu tidak mengambil hati pun.

Klik!

Pintu dibuka dari dalam. Raysa tersenyum manis.

"Jom makan."

Heriz hanya memandang sepi ke arah Raysa sebelum melangkah melepasi Raysa. Raysa hanya tersenyum sahaja.

My Perfect LoveKde žijí příběhy. Začni objevovat