Part 34

12.7K 593 27
                                    

"Berdasarkan perjanjian yang akan dipersetujui kedua-dua belah pihak, Heriz Zayyan akan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Berdasarkan perjanjian yang akan dipersetujui kedua-dua belah pihak, Heriz Zayyan akan..." Dia cuma baca isi yang penting sahaja namun dia sudah tidak sanggup ingin meneruskan pembacaannya. Perit. Sakit. Luka.

"Akan apa?!" Kuat suara Heriz menengking. Terhinggut bahu Raysa. Wajahnya sudah basah dengan deraian air mata.

"Akan... me... melepaskan... Raysa Amanda... selepas setahun perkahwinan." Tergagap-gagap dia meneruskannya dengan hati yang dipagut rasa sakit sesakit-sakitnya. Seketika kepalanya tergeleng perlahan. Terduduk dia di atas lantai.

Heriz hanya memandang sepi ke arah Raysa. Tiada langsung niat untuk simpati mahupun memujuk gadis itu. Lelaki ini memang keras hati!

"Aku nak kau tandatangan surat perjanjian tu."

"No!" Terbangun Raysa dari duduk.

"Kau ingat aku patung ke, Heriz?! Aku ada hati dan perasaan tau! Kenapa kau seksa aku macam ni hah?!" Kuat suara Raysa melawan suara Heriz. Dia sudah tidak tahan dengan perangai lelaki ini. Too much!

Heriz berdecit sinis sebelum rambut Raysa digenggam kuat dan kasar. Terdongak kepala gadis itu apabila Heriz menariknya kuat.

"Kau terseksa? Aku belum buat apa-apa lagi kau dah terseksa?" Sinis kata-kata yang meluncur keluar dari bibir Heriz.

"Chill, Raysa. Permainan baru sahaja bermula. Takkan kau dah mengalah kot?"

"Kau... gila." Walaupun perlahan tetap menaikkan amarah Heriz apabila mendengarnya.

Ditarik lagi kuat rambut Raysa, gadis itu menjerit sakit, terasa seperti rambutnya telah tercabut dari kulit kepala.

"Nasib baik esok kita ada majlis. Kalau tak, teruk kau aku kerjakan. Kau patut lega kau terselamat malam ini." Dilepas kasar rambut Raysa.

Baru sahaja Heriz hendak keluar dari bilik hotel, suara Raysa menyapa halwa telinganya.

"Kalau aku mampu buat kau jatuh cinta dengan aku, kau akan batalkan perjanjian ni?" Soal Raysa perlahan. Apa pun jadi dia harus pertahankan rumahtangganya sebaik yang mungkin. Dia takkan lupa pesanan umi sebelum dia berkahwin.

Tiba-tiba Heriz ketawa kuat. Sinis sahaja bunyinya. Kaki kembali melangkah mendekati Raysa. Pipi gadis itu ditepuk perlahan.

"Stop dreaming, Raysa Amanda. You will never get my love."'

"Kalau aku boleh?"

Heriz diam seketika, mungkin sedang berfikir.

"Aku takkan maafkan diri aku."

Tidak tahulah kali keberapa sudah hati Raysa hancur. Sebegitu sekali benci lelaki itu padanya?

"Sudah lah, Raysa. Kau buang je lah semangat kau yang berkobar-kobar tu untuk pertahankan rumahtangga ni. Sebab bertepuk sebelah tangan..." mulutnya didekatkan ke telinga Raysa.

"Takkan berbunyi." Mengalir lagi air mata Raysa. Bibir diketap kuat. Tangan digenggam kuat.

Terus lelaki itu keluar meninggalkan Raysa keseorangan dalam kesakitan.

Lagi.

•••

Telefon dibuka sebelum mendail nombor seseorang.

"Bro, kau kat mana?"

"Tempat biasa lah."

"Okay."

Hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk dia sampai ke destinasi yang dituju. Gerangan seseorang dicari sebelum langkah laju menghampiri gerangan tersebut. Kerusi di hadapan diduduk malas.

"What's up bro? Baru nikah pagi tadi, malam dah keluar?" Perli Fakhrul. Dia asyik menikmati makan malamnya sebelum ada 'makhluk' yang mengganggu.

"Diamlah!" Bentak Heriz kasar. Mata ralit melihat skrin telefon.

Fakhrul menggeleng kepala perlahan.

"Kau ni kan, memang tak bersyukur kan?" Fakhrul membuka bicara.

Heriz terus memandang ke arah Fakhrul dengan kerutan kening.

"Dah ada isteri lawa pun, masih mengejar cinta entah siapa-siapa." Sindir Fakhrul.

"Nama dia Aleeya, Fakhrul." Keras nada Heriz. Pantang dia apabila lelaki itu berbicara sebegitu.

"Who cares nama dia Aleeya sekalipun?"

Heriz menjeling Fakhrul tajam.

"Treat her nicely, Heriz."

"Apa yang kau cuba nak sampaikan ni?!" Heriz sudah naik angin. Daripada tadi lelaki itu bicara sepatah-sepatah.

"Layan dia selayaknya seorang isteri sebab kat luar sana masih ramai lelaki yang rebut nakkan dia." Fakhrul seakan-akan memberi amaran.

Heriz berdecit sinis. "Kenapa? Kau nak dia? Ambillah. Aku bagi free." Ketawa sinis terletus di bibirnya.

Fakhrul sudah menggengam tangan membentuk penumbuk. Tunggu masa sahaja nak layangkan ke muka Heriz.

"Seronok ke anggap dia macam barang? Seronok layan isteri sendiri macam dia tak ada maruah?" Dingin nada Fakhrul.

"Tak, yang kau nak bela dia sangat ni kenapa? Kau suka dia ke? Kalau kau suka dia, tak apa, lepas je aku cerai dengan dia, kau boleh lah ambil dia. Tapi kau kena tunggu setahun lah lepastu tunggu dia habis iddah. Okay?" Heriz menayang senyum sinis.

"You are too much, Heriz!" Meja dihentak kuat. Dadanya sudah berombak kasar menahan amarah. Sungguh dia tak sangka, Heriz yang dia kenal dahulu sudah berubah seteruk ini.

"Then what?!" Heriz juga tak kurang kuat suaranya. Tubuh sudah bangun dari duduk seperti Fakhrul.

Fakhrul mendengus kasar sebelum meninggalkan Heriz dengan perasaan marahnya lagi. Malas dia hendak layan lelaki itu!

 Malas dia hendak layan lelaki itu!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rasulullah SAW bersabda:

أَبْغَضُ الْحَلاَلِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى الطَّلاَقُ

Maksudnya: "Perkara halal yang amat dibenci oleh Allah ialah talaq."

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now