Last Part

30.5K 780 73
                                    

"Raysa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Raysa..." wanita itu memandang gerangan yang memanggilnya.

"Aleeya dah sampai."

Raysa tersenyum kecil.

"Ini semua barang yang sayang nak bawa?"

Raysa mengangguk perlahan.

"Biar abang bawakan." Ditarik perlahan dua bagasi besar milik Raysa. Iya, dia terima permintaan Raysa untuk mereka buat hal masing-masing untuk sementara waktu. Berapa lama? Mereka pun tidak tahu berapa lama masa diperlukan. Heriz tahu lambat-laun dia akan kehilangan Raysa namun jauh di sudut hatinya, dia tak rela. Namun, dia tak patut pentingkan dirinya sendiri lagi.

Beg sudah diletak perlahan di dalam bonet kereta sebelum bonet ditutup. Tubuh Heriz terus dipusing menghadap Raysa yang berada di muka pintu. Wanita itu kelihatan biasa sahaja dengan dress berwarna hitam yang diikat tali dipinggang. Rambut dibiar lepas.

"Sayang..."

Raysa hanya tersenyum kecil.

"Janji dengan abang, sayang jaga diri elok-elok. Abang tak ada nak jaga sayang di mana pun sayang berada lepas ni. Abang harap sayang sentiasa selamat."

"Heriz..."

"Terima kasih. Terima kasih atas segalanya. Jujur saya cakap, saya sikitpun tak menyesal kenal awak. Mengenali seorang Heriz Zayyan adalah kenangan paling manis dalam hidup saya. Namun, mencintai awak adalah di luar kawalan saya."

"Awak mengajar saya erti bahagia, dan awak juga memberi luka yang paling dalam untuk saya. Kalau saya diberi pilihan, saya nak sangat sentiasa ada di sisi awak seperti yang saya janjikan sebelum ini. Tapi saya minta maaf, saya terpaksa mungkir janji saya untuk hubungan kita."

"Awak tetap suami yang terbaik untuk saya. Awak adalah lelaki dan suami terakhir saya, Heriz. Tiada lagi lelaki lain yang layak berada di dalam hati saya. Hanya awak."

Heriz memalingkan wajah ke tepi, tidak sanggup melihat wajah Raysa. Wanita itu kelihatan tenang. Seperti sudah reda dengan segalanya.

Aleeya yang melihat adegan mereka juga turut sebak. Begitu tragis kesudahan cinta mereka. Ada kalanya, perpisahan adalah yang terbaik untuk dua-dua belah pihak. Bukan kerana tidak mampu mempertahankan, namun kerana sudah lelah berjuang.

Tangan Heriz diraih lembut oleh Raysa.

"Jaga diri awak baik-baik, Heriz. Saya tak ada nak kejut awak pagi-pagi lagi. Saya tak ada nak masak untuk awak lagi. Tapi saya tahu suami saya pandai masak. Setakat masakan saya, apalah sangat kan." Dia tertawa kecil di hujung ayat walaupun kelihatan hambar.

"Nanti pergi kerja, pakai uniform kemas-kemas ya? Saya tak nak lah tengok suami saya comot-comot. Heriz yang saya kenal seorang yang kemas. Sebab itu saya jatuh cinta dengan dia." Pipi lelaki itu diusap perlahan.

"Jangan menangis, Heriz." Air mata Heriz diseka lembut.

"Saya buat ni untuk kebaikan kita. This is the best for us."

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now